Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, August 14, 2014

Di bawah pokok tua

di bawah pokok tua ini
kita main lari-lari
kau kejar aku sesungguh hati
tetapi kau baik hati
bila kau hampir menyentuh bahu ini
kau pura-pura jatuh dan sakit kaki
dan jerit ,'ala terlepas lagi' ..

di bawah pokok tua ini
kita kongsi pelbagai cerita
aku tahu kau benci bercerita
sebab itu kau hanya dengar saja
kau tanya aku macam-macam
sebenarnya kau nak elak diri dari bercerita kan?

di bawah pokok tua ini
aku pernah merajuk
sebab kau tak nak kongsi gula-gula
kau kata , gula-gula itu manis
dan aku sudah pun manis
buat apa gula-gula lagi ...
dari merajuk, aku senyum sampai pagi
sebab kau x henti-henti puji ...

pernah ..di bawah pokok tua ini
kau kata sayang aku sampai mati
dan tidak akan ada pengganti
lalu kau pergi tanpa menoleh lagi
rupanya itulah yang terakhir kali
aku sudah hilang jejak kamu
selepas pertemuan pilu itu

kini pokok tua ini sudah tiada lagi
dan kita sudah dewasa kini
aku rindu saat-saat lalu
dan bilakah akan kita bertemu? ..

No comments:

Post a Comment