Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, December 17, 2016

Hati yang terbang pergi

di saat mereka bercerita tentang bahagia 
meniti syurga dunia bersama yang tercinta 
aku mula mendongak langit 
meneroka yang lepas dan sedang kulalui
adakah aku berkongsi langit yang sama dengan mereka 
atau langitku sedikit kelam dan suram ketika ini
hanya ketika ini sahaja, 
di kala hati sedang berduka .... 


di saat aku merenung saki baki yang ada 
menelusuri lorong lorong lepas 
airmataku tewas dan membanjiri alam 
apakah aku kini lemah dan tidak mampu berdiri lagi

Tuhan, kembalikan aku yang dulu
aku yang kuat , tidak kenal apa itu sedih dan air mata 
aku yang tabah, hadapi caci maki manusia 
aku yang hebat , lalui hidup dengan senyum tawa 

Tuhan, andainya yang bersalah itu adalah aku
yang memikul dosa itu adalah aku
Kau ampunkan aku. 
aku juga mahu ke syurgaMu
tetapi dia meletakkan aku disimpang neraka 
apakah aku tiada layaknya dipimpin dengan kelembutan , bukan keterpaksaan

aku terima dia seadanya,
kurangnya disitu, aku tutup biarpun terpaksa berbohong bicara 
hanya kerana maruahnya perlu aku jaga
aku selimutkan kekurangannya dan berpura pura 

iya, aku bahagia bersamanya
penah malam malamku ditemani airmata 
merenung dia yang sedang meniti mimpi 
aku tahu di hatinya dia ingin menjadi yang sempurna untukku
yang menyediakan segala kesenangan dan kemudahan
yang mahu menjadi dahan tempatku berpaut
aku menangis teresak esak memikirkan hasratnya 
yang masih terhalang dengan kemampuan waktu 
masanya akan tiba... suatu hari nanti. 
aku percaya dia akan membahagiakan aku seperti yang lain... 

aku ketepikan mimpi mimpi indah sebelum aku memilikinya 
kerana ketika itu sudah aku bersiap sedia lalui susah di sampingnya
biarpun hak aku belum mampu dia sediakan kini ... 
kerana aku jatuh cinta padanya .. bukan kerana harta
tetapi kerana indah akhlaknya
isi ilmu agamanya
lembut tuturnya
tinggi sabarnya ...

kami pernah diuji dengan kehilangan dan kekecewaan 
tapi Allah cipta peluang kedua tanpa aku sangka
dia lah pendampingku... dia yang pernah aku cintai 
tapi terpaksa aku tinggalkan di pertengahan
hanya kerana patuh pada bicara bonda 
yang inginkan anaknya bahagia ......

pesan bonda padaku 
aku yang ingkar katanya 
kelak jangan menyesal
andai susah menghimpit
dan tidak sabar
aku yang menurut kata hati 
membelakangkan bonda 
hanya kerana aku nampak jodohku dengannya sudah tiba
aku pegang pada bahagia itu bukan kerana harta 
tetapi kerana faham agama dan beragama....

mungkin kifarah ku mula menghampiri 
ada saja yang tidak kena dimatanya
sedangkan dlm masa yang sama 
aku mampu telan semua duka bersamanya
biarpun terpaksa ketepikan permintaan bonda di kala itu

walaupun aku tiada sempurna wanita solehah
ada khilaf melakukan dosa dan salah 
dilabel ingkar pada kata dan arahannya 
aku tetap berdiam dan telan pahitnya kata 
tetapi ... sabarku juga ada hadnya
bila diri rasa tidak diperlukannya lagi 

aku yang sedang membawa cinta hati kita 
perlukan ruang dan masa untuk menyendiri 
kerana sudah penat begini 

dia yang mendiamkan diri 
sedangkan aku menangis dan tidak tidur
mimpi indahku bertukar ngeri ... 

biarlah aku tanggung sendiri .... 
maafkan diri ini ..... 
aku pergi bukan kerana benci 
tapi untuk kau tahu apa itu rasa bila tidak dihargai.... 

Yang Derhaka

aku yang derhaka pada setiap arahan dan katamu
aku yang derhaka pada setiap permintaan dan bicaramu

aku yang kau label sering ingkar
sering keras kepala
sering melawan kata
sering berdebat bicara

aku yang ingin menang
aku yang menegak kebenaran

aku lah penderhaka ...
tempatku di neraka
jauh sekali dari syurga

alangkah malangnya dirimu memiliki aku, sang penderhaka ....

Wednesday, August 3, 2016

Aku pergi dulu

masa masa yang berbaki 
makin hampiri hati yang pilu 

antara tugas dan keluarga
antara teman teman di sini 
dan suami di sana ...

akhirnya aku memilih untuk pergi 
bukan kerana membenci 
tetapi sudah sampai waktunya 
aku undurkan diri 

demi keperluan hati yang perlu dipenuhi 
demi bakal khalifah  yang membesar hari demi hari 
demi rasa yang bercampur baur dan bererti 

aku kuatkan hati melalui perpisahan ini

tiga tahun, seperti sekejap sahaja di sini
ku tempuhi pelbagai kisah suka duka 
tangis tawa , jatuh bangun 
mana mungkin ku mampu pergi
tanpa memberitahu aku sayang kamu semua

kamu kamu yang bakal kurindui
doakan aku di tempat baru .... 

p/s : dari sk kerukan ke sk bandar tun hussien onn



Thursday, July 14, 2016

Permata Hati

sungguh tiada kumenyangka 
seawal dan secepat ini Allah beri kita rezeki 
hadirkan tanda cinta dalam rahimku ini 

walau pada mulanya aku menangis 
kerana tiada berdaya melalui saat saat susah seorang diri
tanpa kamu menemani ku disini 
tapi aku tahu pada setiap sujud dan doamu
ada aku dan bakal permata hati kita 

Allah.... kuatkan aku, tabahkan aku. 
bukan sengaja aku mengada dan bermanja 
tetapi fitrahnya aku tiada berdaya 
aku perlukan Kamu ya Tuhan... 

Bantulah aku hambaMu ini
Buangkan alahan ini
kerana aku tidak mahu tidur dalam tangis lagi... 

aku mahu kandunganku ini membesar dengan sihat... 
aku mahu semua urusan ku dipermudahkan.. 
dari awal hinggalah sampai bila bila

aamin.. 

bakal mama :) 

Sunday, May 8, 2016

AWAN RINDU

setiap kali kuterbang di awan
pasti aku utuskan ribuan doa
memasang utuh sebuah harapan
akan inilah yang terakhir berjauhan
kerna aku tak sanggup berair mata
menangisi akan perpisahan
dan menunggu pertemuan yang seterusnya

walau ada indahnya pada rindu
ada bahagia bila bertemu
kita pasti menghargai waktu
dan berdoa pasti nanti kita bersatu

Tuhan, kuatkan hatiku
yang halusnya selapis kuku
nampak cekal hadapi liku
tetap bila patah, pasti aku
tak henti menangis dan mengadu
kenangkan rindu akan dirimu

CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

kita bagai bayu
saling menyapa bila rindu
mendamai bila berliku

walau terkadang bayu itu
menjelma sebagai taufan biru
diamkan bicara matikan rindu
pasti nya  ada kemaafan di situ
kerna kita tak sanggup diam begitu
sedangkan jiwa sangat memerlu

lumrah berumah tangga
ada kata yang tergigit
ada jiwa yang terluka
ada rasa yang terhiris
sebenarnya itu cinta yang tak lupa

adat manusia bercnita
yang lemahku di situ, pasti ada kamu menguatkanku
setiap kurangmu , pasti ada aku melengkapimu

betul kata orang, kalau sudah jodoh
tidak ke mana larinya dia
kita tetap menuju pada dia
walau terpaksa lalu jalan menyeksa

doa pada DIA yang menulis cerita kita
semoga kita bersama hingga ke syurga
bisik pada DIA yang menemukan kita semula
semoga kita berjodoh selamanya

tadah syukur ~~~

Saturday, March 26, 2016

hati isteri menangis lagi ...

berbisik dengan hati yang sunyi ...

hidup jauh dari keluarga begini
terkadang datang rindu dan sepi

tidak mengapa bila sudah sibuk dengan kerja

tetapi diri ini sudah tidak boleh terlalu bebas
seperti dulu lagi , bebas ke mana tanpa fikir apa dan siapa

sejak kau nikahi aku
aku hanya berteman dengan perempuan sahaja
ku bataskan pergaulan ku dengan mereka yang berbeza jantina
kerana aku tak mahu menjadi isteri yang berdosa
gelakku, manjaku hanya istimewa buat kamu, suamiku ...

kakiku yang dulu bebas ke sana ke sini
kini kukunci agar terlindung dari pandangan lelaki
ku kira biarlah dengan kamu sahjaa
aku jelajah bumi Tuhan.... hanya dengan kamu, suamiku....

sudah akuhambakan seluruh hidupku pada kamu
sudah aku sekat apa yang bebas suatu masa dulu ...

dan bukan aku menyesal..
aku bersyukur...engkau sudi memilihku sebagai isterimu...

namun, ketahuilah suamiku...
di saat engkau bergelak tawa dengan teman teman di sana
aku sendirian di sini menahan rindu

lambat dan lewatnya kau membalas msej
ku cuba hadam selagi terdaya

tetapi bila masa yang sepatutnya kau fokuskan padaku...
telah terbahagi dengan teman teman yang memang tersedia didepan matamu sepanjang hari

apakah aku sebagai isteri dan wanita yang penuh perasaan ini
mampu tersenyum dan menerima semua itu?

aku tersedia menerima kekuranganmu sepertimana kau redha dengan kelemahanku
tetapi .... apa yang aku minta hanya sedikit masa yang berkualiti untukku
menemani malam malamku yang sunyi di sini....

Saturday, February 20, 2016

rindu bie

sungguh
ia nya lebih kepada seksa
ia nya lebih kepada derita

tetapi kupujuk hati
tidak mengapa
seksa ini, derita ini
semuanya berpahala

hanya mampu melihat kamu
tetapi tidak berdaya menyentuh

hanya mampu mendengar suaramu
tetapi tidak berdaya memandang

ku mahu kamu ada di sisi
ku mahu kamu ada di sini

tetapi ku tahu
kita ini bukan ada wang beribu

untuk berjumpa selalu

tak mengapa. aku bertahan untuk sabar

semoga seksa ini tiket syurga untuk kita :)

Tuesday, February 16, 2016

Dia yang kunikahi





di saat aku lihat kamu segak berbaju melayu
bersampin dan bersongkok di hadapan masjid itu
hatiku mula tiada keruan ,
denyut nadi ku pantas
terbang sudah semua ketenangan

dalam hatiku terdetik ...
ya Allah .. dia lah yang bakal menikahiku
ya Allah.. ditangannya nanti ada syurga untukku

tatkala masjid mula penuh dengan suara keluarga dan saudara
terselit bisikan nakal oleh teman teman dihujung telingaku
aku genggam erat jemariku... kutiupkan doa agar semuanya baik baik saja

tak terdaya aku melihat kamu walau ada teman mengusikku
memujimu yang sedang bersolat di saat insan lain menyapa khabar


dan masa seolah pantas ... mau cepat semuanya berlaku
tangan berjabat , kata mula tersusun
sungguh saat itu, hamper gugur jantungku

di saat satu lafaz akad yang kutunggu dari kamu
saat itu, hampir gugur airmata ku lihat kamu
rupanya engkaulah jodoh yang Allah tetapkan untukku

di saat kau dihadapanku, menyarung cincin ke jari manisku
aku kelu, diam malu membisu
sungguh aku tidak menyangka setelah apa yang kita lalui
akhirnya kita sudah halal untuk mencintai

Allah, banyak rezeki yang Kau kurniakan dalam hidupku
tak mampu kutulis dan senaraikan
tetapi menjadi isterimu dan dinikahimu
merupakan anugerah yang terindah untukku

Allah terima kasih atas nikmat yang satu ini.

Allah , berkati rumahtangga ini biar menjadi keluarga yang sakinah mawaddah
izinkan aku jadi bidadari hidup matinya
bukan setakat di dunia .. malah di akhiratnya kelak...


save da date
07/02/16

Sunday, January 17, 2016

Bilang Hari

kuteroka apa ada dalam hati sendiri
aku sudah tidak faham apa bermain kini
bukan aku tidak mahu memahami
tetapi kehendak hati yang mau kau disisi

ku tahu kau pening dengan sikapku
sekejap bahagia bersama kamu
sekejap derita gugur air mata
buat kau sendiri hilang punca

tetapi percayalah ...
bukan mau ku mengeruhkan keadaan
tetapi aku mau kau punya perhatian

.............................................

mengira waktu yang seolah olah berlari
mungkin kita tak sedar apa telah kita lalui

nanti kita bakal memiliki ~~~

Thursday, January 14, 2016

Kau bizi. Aku makan hati.

Aku sebenarnya x pandai nak kecik hati
Sebab kononnya aku ini pmpuan yang macho jugak laa kank

Tapi bila dgn kamu.. Aku hilang macho.
Jadi manja. Jadi yg betol btol lembik.
Sedangkan aku tak bgitu.

Sebagai pasangan yang sedang bercinta.
Mustahil la kalau aku kata yg kita baik baik saja . Aku okey saja segalanya..

Ada satu bende. Yang ak x mampu nk tahan.

Bilaa kau bizi.. Dan tiada masa untuk aku.
Bilaa kau sibuk..tapi masih mau whasp dgnku

Tapi... Kau repli lambat lambat. Kau tau kan aku ni tidur awal .. Mengantuk saja keje ku.

Aku benci sebenarnyaa keadaan ini...

Dan skrg kau pula diaam dan sepi.