Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, August 28, 2014

pura-pura

kamu ingat aku senyum saja
itu makna aku buta ?

kamu ingat aku buat tidak peduli
itu makna aku tiada hati?

aku hanya berpura-pura
aku mahu lihat sejauh mana kamu tahan segala
aku mahu lihat sehebat mana kamu berdrama
dan aku mahu lihat semampu mana kamu selamba

kamu fikir, aku terima kamu
kamu fikir, aku cinta kamu
kamu fikir aku sayang kamu
dan tak mampu hidup tanpa kamu ...

bukalah mata kamu seluas-luasnya
aku bukan manusia bodoh yang boleh terima semua
kamu ingat ini drama , wanita setia pada cintanya
walau cintanya itu bermain rupa
konon suka tetapi bermain kayu tiga

aku tidak sebodoh itu rupa
aku hanya berpura-pura

hikayat hati

saya tak kisah dengan apa yang saya rasa 
sebab itu semua Tuhan punye kuasa 
saya boleh kata hari ini saya akan setia 
tapi saya tak boleh janji setia itu sampai lusa 
dan saya tahu hati ini bukan saya yang punya 
ia milik Allah semata-mata ....

saya tak kisah dengan apa yang saya rasa 
sebab itu semua aturan Allah yang berkuasa 
hari ini mungkin saya cinta kamu sepenuh jiwa 
tetapi esok boleh jadi saya benci kamu sampai bila-bila 
kerana hati ini bukan milik saya 
ia milik Allah di atas sana

saya tak harap dengan apa yang saya rasa 
sebab saya x yakin saya boleh kawal semua 
selagi mana hati ini tiada arah tujunya 
selagi itulah ia terbang bebas meneroka alam buana 
kerana hati ini bukan saya yang cipta 
ia aungerah dari Allah yang Maha esa... 

Terakhir bagimu

aku ingat .. apa yang yang kau tunjuk itu
satu peluang untuk hati kamu dan aku
aku ingat .. apa yang kau tunjuk itu
satu harapan yang baru
dan aku ingat kamu akan berubah dari dulu
menjadi yang lebih baik dengan iman yang teguh
itu semua yang aku ingat
itu semua yang aku harap dari kamu
tetapi akhirnya harapan itu punah dan lebur ....

aku hidup bersandarkan apa yang aku rasa dan aku lihat
apa aku rasa untuk kamu ... ak tahu semuanya masih baru
tetapi aku lasakkan hati untuk terima kamu
bagi kamu waktu
bagi kamu restu
tetapi kau rosakkan semua itu ...

dan kini aku pilih untuk pergi
rasanya bukan aku yang kamu mahu
tetapi dia dan segalanya untuk dia di situ
aku hanya batu ... yang telah kau sepak tanpa sedar
aku hanya kertas.. yang telah kau pijak dengan kasar

aku tahu aku manusia bodoh
yang fikirkan akan ada peluang untuk sesiapa saja beri aku bahagia
aku sedar aku manusia dungu
yang sanggup redah duri yang tajam dan berliku
aku lah ... watak sampingan yang tagihkan perhatian
yang sanggup butakan mata walau aku tahu itulah kamu dari dlu...

ya Allah, sakit ini bukan kerana dia
tetapi kerana bodohnya aku untuk dekat dengannya
betapa dia tidak serius dengan cinta dan hatinya ... untuk siapa
sedangkan dia tahu itu semua tidak manis berlaku
dia tahu.. sebab  dia ada ilmu

dan sekali lagi aku tegaskan
aku pilih untuk pergi.. untuk menjauhi
aku tidak mahu akan ada hari-hari yang seksa
yang boleh buat aku menangis lagi
cukuplah setakat ini
aku berikan kamu peluang dan hari
aku bukan manusia bodoh yang hakiki
mampu menerima semua ini..
dan aku ucapkan selamat tinggal .... ak kini pergi ....

Wednesday, August 27, 2014

cerita ini cerita kami

Allah,
seramai-ramai manusia di bumi ini
mengapa dia aku temui?
seluas-luas tanah di bumi ini
mengapa di sini bermulanya cerita kami?

dan kenapa harus ada gadis itu
sebagai penyambung cerita pedih itu...

Allah,
aku bukan yang manusia hebat
yang tiap2 hari gagah dalam tekad
aku hanya insan lemah
yang gagal menghidu dugaan mendatang
haruskah aku bersedia dengan kecewa
haruskah aku bersedia dengan luka lara?

#cerita ini cerita kami#

Tuesday, August 26, 2014

26/8/2014

aku tahu tadi hari , hari yang indah
hari yang buat kita senyum sampai nampak gigi
hari yang manis untuk kita ingati
sampai kita malu sendiri

aku kurang pasti apa yang terjadi
tapi aku tahu kita sama-sama gembira
sama-sama bergelak tawa
dan sama-sama berkongsi cerita

#BERTUAH#

Monday, August 25, 2014

cerita itu

seakan aku tidak pasti kenapa cerita itu kembali berputar
buat jiwa tidak tenang, resah dan berpusing sasar
walau aku harapkan cerita itu padam dan lenyap
namun rupanya ia masih mekar dan tidak pernah ranap

jika cerita itu yang pernah buat engkau benci kepada aku
jadi sekarang kenapa engkau sudah berubah laku?
apakah cerita itu sudah pudar dalam ingatan kamu?
atau kerana dia sudah tiada untuk meracuni kamu?

aku tahu cerita baru kamu
kamu mungkin sudah penat menunggu
tetapi aku masih perlu waktu
untuk aku fahami dan hadam semua itu

jika dia masih mencintai kamu,
jika kamu tetap menunggu dia di situ
itu bukan masalah besar bagi aku
kerana hati aku, masih baru
masih mampu berlari laju
aku tidak harapkan bahagia dari kamu
cuma aku pinta kita selesa dari dulu ....

Sunday, August 24, 2014

Aturan

awak tahu cerita kita tak seindah dalam drama
tidak semudah membaca novel cinta
aturan manusia lebih mudah pada minda
aturan Allah lebih rumit pada minda
tetapi hakikat hukum alam
yang rumit itu lebih indah pada saatnya
dan yang mudah itu cepat hilang manisnya ...

#awakfahamtakapasayakatani?

Saturday, August 23, 2014

buku lama dan buku baru

dulu ...
awak begitu dingin
tengok saya pom awak tak lalu
nk sebut nama saya ,
pun awak tak mahu .

dulu ,
nak sembang dengan saya
jauh sekali
nak bergurau? lagi jangan mimpi

dulu,
tengok saya awak lari
nampak saya pun awak tak amek peduli
nak senyum , tak mungkin
apatah lagi mahu ketawa , itu bukan realiti

kini ,
awak jadi mesra
sebut nama saya sudah berkali-kali
sembang dengan saya berhari-hari
senyum pun manis sekali
ketawa pun, sudah jadi realiti

apa jadi awak yang dulu?
sekarang sudah kah jemu?
penat menjadi yang terasing?
atau memang inilah diri awak yang sebenar?

kalau pun ada sesuatu yang menyebabkan awak menjadi yang dulu
saya mohon akan ada peluang , dan waktu
untuk saya jelaskan sesuatu
kerana awak hanya dengar dari pihak itu
ianya mungkin benar atau tak lebih dari itu

apakah rasa benci dulu sudah bertukar menjadi sayang?
apakah jiwamu sudah berubah dek waktu yang berlalu?

Friday, August 22, 2014

TAK SEMUA

terima orang kata .. itu satu
terima orang tegur .. itu satu
faham apa orang kata ... itu dua
faham apa orang tegur .. itu dua

dan tak semua orang kata, kita terima
ya, saya faham.
dan tak semua yang orang tegur, kita terima
itu pun saya faham

yang saya tak faham ...
bila awak tidak boleh terima satu dan dua
tetapi tiap2 hari sibuk membetulkan sini sana
hanya kerana awak sudah ada ilmu seinci dua
tapi itu tak bermakna awak betul semua !!!


Thursday, August 21, 2014

dia dan cara nya

dia seolah-olah tidak suka aku
tidak suka kamu jika kamu suka aku
tidak suka aku
jika aku suka kamu

dia seolah-olah cipta sesuatu
agar kita tahu
yang kita tak boleh suka
sama ada aku suka kamu
atau kamu suka aku

dia seperti cari sebab
kenapa kamu suka aku
atau aku suka kamu
atau sama -sama suka

Wednesday, August 20, 2014

cikgu lama


tiap pagi , dia menunggang basikal buruk itu
dia guru, semangatnya jitu
gigih mengayuh tanpa rasa jemu
dia guru, sememangnya begitu

kapur putih menari di ruang papan tulis warna hijau
debu-debu halus terbang bebas di udara
dan terkadang singgah bedaknya pada muka
tetapi tetap saja guru itu mengajar sepenuh jiwa

loceng berbunyi tanda bertukarnya waktu
angkut buku tulis dengan nafas yang semput
oh guru itu, dia tak pernah mengeluh
digagahnya juga walau sudah berpeluh

rutinnya sama setiap hari, setiap masa
walau luntur sudah warna kemejanya
tetapi jiwanya masih kuat lagi membara
hari ini dia pulang membawa cerita
esok dia datang penuh cinta




Tuesday, August 19, 2014

Tentang Aku

kalau kau mau kenal aku
tak perlu tanya ini itu
cukup kau fahami aku
dan kau akan kenal siapa aku


Allah sedang berbicara

kisah kita ..
kisah yang sama
kisah yang panjang
kisah yang hitam

kita tahu kita tak kuat
sebab itu kita saling pinjamkan semangat
kadang jatuh tak mampu bangkit
sebab hati kita teramat sakit
saat ini, pegang Allah ketat-ketat
jangan sampai bertukar kiblat !! 

Kenalkan diri awak


saya tahu awak sayang
saya tahu awak cinta

tetapi itu tak menjamin apa-apa
sebab saya masih ada abah dan mama

saya tak minta emas permata
saya cuma minta awak pinjamkan mata
mohon jumpa mereka di sana
hanya kenalkan awak punya nama

saya tak minta awak bina istana
saya cuma minta awak luangkan masa
hanya untuk mereka tahu
dengan siapa saya rindu ...

Cuba Cari Hikmah

Di saat putusnya tali buaian 
tiada lagi tempat aku bermain
aku menangis tiada henti 
aku salahkan tali !! 

hingga aku lupa 
aku masih ada dahan 
untuk aku bina yang baru 
untuk aku gantikan yang lama 

Di saat tumbangnya pokok itu 
aku hilang tempat mengadu 
aku menangis dengan pilu 
aku salahkan Pak Cik Muthu
kenapa ditebangnya pokok itu 

hingga aku lupa 
aku masih ada langit yang biru 
sebagai tempat aku melepas rindu 
sebagai tempat aku berteduh !! 

Monday, August 18, 2014

wall kamu

tiap kali aku lihat wall kamu
tentu ada sesuatu

yang akan kau tuju
munkin untuk aku
atau hanya meluah rasa kamu

walau aku tahu
ianya masih untuk aku
tetapi aku hanya mampu membisu
dan melihat kamu

kerana telah aku berjanji pada diriku
kamu, tidak akan kuganggu !!!

Gadis bertudung ungu

mungkin kamu tak tahu 
aku lah peminat mu nombor satu 
dan aku yakin sampai bila pun
kamu tidak akan sedar itu 
kerana aku lelaki yang pemalu 

penah satu ketika dulu 
aku lihat kamu bertudung ungu 
sangat ayu dan manis ketika itu 
lagi sekali kamu tak tahu 
dalam hati , ku sedang memujimu

aku tunggu kamu di platform lima
berhari-hari aku setia menanti kamu
lama juga kamu tidak kutemu
akhirnya kamu datang dengan beg ungu
dan kulihat ada sesuatu
merah-merah inai dijari lembutmu ~~~~~ 

Sunday, August 17, 2014

jangan salah sangka

jangan salah sangka
ini hanya mainan rasa

jangan salah sangka
ini hanya gurauan jiwa

jangan salah sangka
ini hanya bicara biasa

jangan salah sangka
sebenarnya tiada apa

jangan salah sangka
ini hanya pesanan untuk kita

cinderella

kamu mula  menari dengan putera raja
aku pula kehilangan sepatu kaca 

#puisibawahlangit #fairytale kita #

Saturday, August 16, 2014

saya tak suka awak

saya tak suka awak pun
jadi jangan perasan

bukan awak tak tahu
mereka itu saja mahu
suka-suka ,
cuba buat kita jadi malu

saya tahu awak bukan pun suka
sebab hati awak , awak sendiri tak rasa
kenapa, apa dan siapa
awak sendiri gagal mengawalnya
jadi tak payahlah buat apa

tutup mata
dan biarkan saja!!!

bisik hati

bisik hati ,
jangan rindu lagi
jangan cinta lagi
jangan harap lagi

bisik hati,
jangan salah memahami
jangan salah mengerti
jangan salah menakluki

bisik hati,
tolong kuat
tahan hati
terus tekad
mohon diikati

bisik hati,
biarkan dia
lepaskan dia
lupakan dia

bisik hati,
dia tidak tahu apa
dia bergurau saja
dan dia bukan pun cinta

Friday, August 15, 2014

Lelaki dan kopiah putih

tergesa-gesa engkau berjalan
sampaikan aku pun kamu tidak perasan
sambil di tanganmu mengenggam kopiah
dan berkain sarung petak-petak bak seorang ayah

laju langkahmu , hilang fokusku
ke mana sebenarnya kamu ingin tuju
jam di dinding menunjuk waktu
rupanya asar sedang memanggil kamu
baru kutahu , tujumu ke masjid itu

Benci dia dan kamu

penat aku fikir apa maksud kamu berdiri
senyum-senyum bila nama kita disatukan
dan aku nampak kamu mula berangan
walhal aku benci stiap kali ini terjadi

penat aku fikir kenapa aku jadi begini
sakit hati bila namanya meniti
berulang kali nama itu kau seru
kau tak tahu aku benci kau begitu

kan bagus kalau aku sudah halal dimiliki
kan bagus kalau aku sudah ada cinta sendiri
semua ini tentu tidak akan terjadi
aku tidak sakit hati
dan buatlah apa saja kamu sukai
yang penting aku tak ingat kamu lagi !!!

Thursday, August 14, 2014

Surat cinta untuk Adam

mana ada perempuan seperti aku
yang berani menulis surat cinta kepada lelaki itu
dan sembunyikan dalam buku nota biru
lalu letak didalam beg sekolah kamu

mana ada perempuan seperti aku
yang berani tulis semua lagu
semuanya untuk raih hati kamu
walau aku sedar kamu tidak akan tahu
siapa pengirim surat cinta itu
kerana aku sebenarnya pemalu

tetapi hanya satu
aku suka reaksi kamu
bila kamu buka buku nota biru
dan kau baca surat itu
satu demi satu
hingga dahi kamu berkerut seribu
dan akhirnya kamu senyum tersipu

#jawabcintakita#

Di bawah pokok tua

di bawah pokok tua ini
kita main lari-lari
kau kejar aku sesungguh hati
tetapi kau baik hati
bila kau hampir menyentuh bahu ini
kau pura-pura jatuh dan sakit kaki
dan jerit ,'ala terlepas lagi' ..

di bawah pokok tua ini
kita kongsi pelbagai cerita
aku tahu kau benci bercerita
sebab itu kau hanya dengar saja
kau tanya aku macam-macam
sebenarnya kau nak elak diri dari bercerita kan?

di bawah pokok tua ini
aku pernah merajuk
sebab kau tak nak kongsi gula-gula
kau kata , gula-gula itu manis
dan aku sudah pun manis
buat apa gula-gula lagi ...
dari merajuk, aku senyum sampai pagi
sebab kau x henti-henti puji ...

pernah ..di bawah pokok tua ini
kau kata sayang aku sampai mati
dan tidak akan ada pengganti
lalu kau pergi tanpa menoleh lagi
rupanya itulah yang terakhir kali
aku sudah hilang jejak kamu
selepas pertemuan pilu itu

kini pokok tua ini sudah tiada lagi
dan kita sudah dewasa kini
aku rindu saat-saat lalu
dan bilakah akan kita bertemu? ..

Wednesday, August 13, 2014

HANYA KALI INI

kali ini sungguh aku tidak mahu ada ruang selesa antara kita
kali ini sungguh aku berat untuk halalkan masa yang ada
tetapi berkali-kali aku katakan tidak mahu
setiap kali itulah kamu juga aku temu
sungguh .. aku benar benar maksudkan kataku !

dalam tidak, aku relakan juga
sekali lagi ... untuk kali ketiga
kita diam walau sebenarnya dekat
kita senyap walau sebenarnya berat
dan ada ketika
jika aku mula bercerita
kamu ketawa sahaja
dan ada ketika
jika aku bertanya
kamu balas panjang ela
adakah kamu sudah mula suka?
atau aku sahaja yang tidak selesa?

sudah aku katakan ..
kali ini aku tidak mahu ada kaitan
tetapi tengok lah kerana suratan
kita habiskan masa bersama
hinggakan ada satu masa
jari kita bersentuh
dan aku mula menjauh
aku tahu kamu bukan sengaja
dan aku tahu kamu pun terperanjat
kerana reaksi ku yang spontan..
dan semoga hanya kali ini saja
kita begini...

#sembangpanjanglebarantaraakudankamu#
#goodnite#sweetdream#12ogos2014#kk

Monday, August 11, 2014

kekasih dunia akhirat ?

sekarang ini ,
awak tabur segala janji
sayalah permaisuri di hati
dan tidak mungkin awak akan buang saya nanti
awak janji .. saya awak bahagiakan setiap hari

tapi boleh kah awak janji
jika saya tidak cantik lagi
kedut singgah di muka ini
awak tetap sayang sepenuh hati?

mampukah awak berjanji hari ini
jika nanti,
saya disahkan sakit
dan perlu rawatan setiap hari
awak akan setia menemani
walau awak penat, awak tetap memberi
kata semangat dan penguat diri

jika awak tidak mampu
baik jangan berjanji walau untuk satu kali !!!

kapal terbang kertas

Aku bukan kapal terbang kertas
yang mudah kau terbangkan ke atas
dan bila kau bosan, kau pijak aku tanpa belas

Aku bukan kapal terbang kertas
yang mudah kau lipat-lipatkan
dan bila bosan, kau koyakkan

jika itu harga sebuah kasih sayang
yang kau bayarkan utk kita punya hubungan
maka kau harus ingat
bukan kau saja lelaki yang ada di bumi Tuhan
masih ada jiwa yang menghargai
kapal terbang kertas ini....

#hati yang jauh#

kalaulah awak baca ...


kerana apa saya masih berdiri di depan awak?
kerana apa saya masih di sini untuk awak? 

dan sebab apa .. saya sanggup menyanyi untuk awak?
dan sebab apa... saya sanggup buat apa saja demi awak? 

sebab pernah satu ketika 
saya dah janji pada diri saya 
untuk beri awak ruang dan peluang 
saya nak kenal awak dan semuanya 

saya juga ingat .. mungkin awak juga begitu 
mungkin awak sama seperti saya 
ingin kenal saya dan segalanya 

tetapi ... mungkin awak tak tahu 
saya bukan seorang yang leh berpegang kepada yang tak pasti 
dan saya bukan yang main-main 
bila saya dah cakap dan janji
awak mahu saya kenali
maksudnya saya serius dengan hati 

tetapi bila lama sangat begini 
saya rasakan saya dah mula tawar hati 
dan saya takut saya akan undur diri 
saya nak kenal orang lain 
sebab saya juga mahu bahagia
jadi awak renung-renungkalah.... 

Saturday, August 9, 2014

semuanya kerana awak

apa lagi yang boleh saya tulis
jika bukan untuk awak
sebab awak
dan demi awak
semuanya kerana awak

awak diam..
saya ingat saya yang buat salah
awak senyap
saya ingat saya lah puncanya

sampai tak keruan saya fikir
semuanya kerana awak

mujur malam ini...
awak kembali buat saya senyum
dan malam saya kembali indah
kan bagus kalau malam2 saya
awak hias dengan bicara
awak sulam dengan cinta
dan awak buai dengan damai

#9ogos2014#

awak buat saya tidak senang

awak ada, saya sebenarnya gembira
bila awak tiada, saya gundah gelana

walau  kadang-kadang saya tersasar mempamerkan rasa
alangkah saya berharap awak mampu mengerti maknanya

sebab itu, saya sembunyikan apa yang berdegup
kerna takut dengan  kemungkinan yang menunggu
boleh jadi awak anggap saya tiada apa
boleh jadi kita berkongsi rasa yang sama
boleh jadi awak sudah ada yang berjanji setia
boleh jadi saya hanya list simpanan semasa
boleh jadi awak pelakon hebat antarabangsa
boleh jadi awak anggap semuanya gurauan sahaja

saya malu dengan apa yang saya bayangkan
saya juga takut dengan apa yang terbentang
semuanya bermula dengan suka-suka
dan saya harap ia tidak bertukar menjadi cinta

bagi saya ... sayang itu bukan pada bait kata
tetapi pada tindakan yang bermakna
dalam gembira, saya temu seksa
dan dalam diam, saya pasang doa
sebab saya tahu..rasa ini bukan yang pertama
tapi saya harap rasa ini rasa yang nyata ..
dan kekal sebagai impian bersama

Friday, August 8, 2014

kalau saya... apa awak?

agak-agak kalau saya marah
apa awak buat ah?
awak buat tak tahu
atau awak malas nak amek tahu?

rasa-rasa kalau saya merajuk
awak x mahu pujuk??
atau awak biar dlu saya sejuk?
dan sebenarnya awak dah x senang duduk?

dan kalau saya sedih .... diam saja
apa awak rasa ?
awak x mahu tanya saya sebabnya?
atau sebenarnya awak dah doa kepada Dia
semoga saya gagah hadapi semua ..

dan jika satu hari ...
saya sakit ..tiada kudrat senyum lagi
apakah awak masih mahu disisi?
atau awak sudah tak tahan lagi
mahu lari dan cari lain pengganti ??

saya tidak peduli kalau saya sudah tiada nanti
awak sudah tidak setia lagi
sebab yang pergi tetap pergi
dan awak yang hidup teruskan mencari ...
saya pun dah selamat disini
cuma saya pinta awak setiap hari
sedekahkan al fatihah dan doa dalam hati
semoga kita bertemu lagi ...

Thursday, August 7, 2014

merajuk

mana mungkin yang sedang marah membara 
boleh sejuk hanya dengan manis bicara 
tapi marah itu boleh dipadam 
hanya dengan bisikan doa

sebenarnya bukan nak marah sangat pun
tapi hati dah sentap, tak dapat nak pendam 
jadi tunjuklah rajuk, muncul lah muncung 
tak ada apa pun ... 
sajalah menggedik manja 
nak tengok apa reaksi awak kalau saya begini ... 


Wednesday, August 6, 2014

hiperbola cinta

Aku tidak mampu mencipta lagu 
untuk menemani kamu setiap malammu
jika aku seorang penggubal lagu rindu
tentu kamu tidur lena dengan dendangan laguku 

kalaulah aku punya suara merdu 
mahu saja aku nyanyikan kamu banyak lagu 
biar kamu rasa cintaku yang satu 
hanya kamu ... yang aku perlu 

jika aku ada sebuah istana 
aku sudah tidak peduli pada emas permata 
asalkan aku ada kamu sebagai penghuni cinta 
tak perlu lagi duit berjuta 
hanya kamu ... disisiku hingga akhirnya 

Tuesday, August 5, 2014

soal hati

apa rasa aku kepada kamu ?
dan apakah rasamu kepada aku?

payahkan soalan itu ...
kerana kita masih membisu

sukarnya soalan itu
sebab kita saling beku

kita biarkan waktu itu terus berlalu
tanpa ada kata dan kita makin keliru

aku faham ... semuanya masih baru
bukan aku mahu memaksa kamu
aku beri kamu waktu
aku serahkan semuanya pada kamu
biar kamu sendiri faham apa rasa itu ...

dan aku juga perlukan udara
untuk aku faham makna bicara
mungkin ada aku terlepas pandang
atau kurang mengerti segala rasa

kekasih ungu

tidak mungkin kerna itu
kita bercinta dan janji macam-macam
kita bukan tak tahu
yang kita ni macam-macam ragam
kadang-kadang tak bercakap sepatah pun
dan lihat bayangpun , jeling semacam ...

sebab itu, aku tak mahu dekat
bukan sebab sombong dan bajet cantik
tapi sudah aku pasang tekad
hati ini untuk insan yang melekat
melekat pada cinta Tuhan dan yakin ada malaikat
yang dosa dan pahala sentiasa dicatat ...

jadi biarlah kamu,
aku simpan sebagai kekasih ungu
kenapa ungu? dan tidak biru??
kerana ungu warna hatiku
dan bukan selalu hatiku menjadi ungu
ia hanya ungu apabila rindu ...

Syawal di hati kita

mungkin ini cerita dari aku
dari sudut mata yang berkaca
mengharapkan satu kata
tapi kata itu
bukan lah yang pertama dari bibirku ...

ini harapan mereka
yang baik untuk kita
ini bisikan mereka
yang bersatu
padukan kita
tetapi  itu dari mereka
bagaimana pula dengan kita ???

syawal ini lebih bererti ...
ada kenangan tercipta di sini

seakan waktu yang berlalu
menyebelahi kita
ada saja yang buat kita gembira
ada saja jalan untuk kita berdua berbicara
dan semuanya hadir tanpa di paksa

ya Allah... namanya sudah meniti lembut
di ruangan doa , keluar dari bibir biasa
minta petunjuk dariMu untuk kembali suluhkan cahaya
kerana aku tak mampu hidup jika Engkau butakan bicara ..
aku mahu Engkau Ya Allah.... temanilah aku
dampinglah aku di saaat aku mula nampak bayangannya
di saat aku mula nampak renungannya ...

salahkah jika aku bertanya ...
adakah aku jatuh cinta ??

#syaawal 5 # syawal 8

bersedia lah

untuk hati yang berani mencinta
kamu perlu berani untuk hidup
sebelum kamu mati terluka

untuk jiwa yang gagah mencinta
kamu perlu teguh bernafas
sebelum ajalmu tiba
dan kamu merana

untuk harapan yang kian bersinar
sedialah kamu untuk jatuh dipijak
kerana hari ini mungkin kamu dijulang setinggi istana
tapi esok kamu mungkin hina keji dipajak !!

Monday, August 4, 2014

kami tidak mengerti

intai rasa .. sukarnya difahami
intai sayang ... dia mungkin tidak mengerti
intai cinta ... aku mungkin bersembunyi
intai di mana titiknya ... kami pun tidak menyedari ..

campak jiwa ke dalam rasa yang kosong ...
hanya untuk kubina sebuah lorong
yang sunyi yang gelap yang lohong
untuk aku larikan semua makna ...
semua rasa ... yang tidak biasa ...