Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Tuesday, September 30, 2014

tolak ke tepi

aku tidak mahu bersedih lagi
jauh sekali menangis tagih simpati

aku mahu menjadi yang paling gagah
tahan segala dugaan payah

aku mahu berlari ke depan
bukan yang tempang lambat di belakang

aku mahu lupakan segala
bukan memadam dengan sengaja
hanya menyimpan untuk sementara
semoga ia tidak serabut di mata

aku hanya tolak kamu ke tepi
bukan buang dan biarkan kau mati
aku hanya perlu sendiri
bukan semata untuk aku
tapi kamu juga perlu  masa berfikir
kan?

Monday, September 29, 2014

aku

Aku harus bagaimana lagi
di sini
berdiri
menanti
kamu yang tak pasti ....

Aku harus apa lagi
sendiri
makan hati
kamu yang buat tak peduli


Saturday, September 27, 2014

Mahu Maju

Untuk kamu.
Ya. Kamulah.
Dengar. Apa kataku.

Aku penat menunggu kamu.
Aku sudah tidak tahan menanti kamu.
Jadi bolehkah aku beralih bahu?
sebab masih ada bahu yang menunggu jawabku.

aku keliru dengan kamu.
bila dengan aku
senyum kamu,
ketawa kamu
bahagia kamu
semua untuk aku.
aku faham itu.

Tapi sampai bila kamu hanya begitu?
sebab aku bukan batu.
aku manusia yang mahu maju.

Friday, September 12, 2014

dewa dewi

dewa dewi ..
bukan seperti melati
tidak berani mendekati
hanya mahu memiliki

dewa dewi bukan melati
simpan cinta hanya dlm hati
walau sakitnya tak terbelah bagi

dan aku bukan dewa
untuk memiliki sang dewi
tapi aku ada cinta
utk kau bahagia sampai mati

dia juga bukan dewi
tapi dia lah bidadari

dialah yang aku cari
walau seribu tahun, tetap menanti

sampai bila >

ucap sayang tapi pincang 
mahu berjuang tapi hilang 
janji setia tapi dusta 
dan sampai bila ... ?
itu semua angan2 mat jenin sahaja 

cakap suka tapi tak tahu kenapa
mahu kekal tapi kurang cekal 
janji berdua tapi sudah mendua 
dan sampai bila ... ? 
itu semua sandiwara semata 

lafaz cinta tapi hambar 
mahu genggam tapi hampa
janji bersama tapi tiada usaha 
dan sampai bila ... ?
itu hanya kau tiada jiwa 

Thursday, September 11, 2014

bocor

bocor ... oleh kamu yang bodoh 
bocor ... oleh kamu yang tidak amanah 

apa mahu dihairankan?? 
apabila dunia menjadi raja hari ini
dosa pahala letaknya di hujung kaki ..

negaraku dicerobohi oleh rakyat sendiri 
ujian UPSR dipertikaikan kini 
sistem pendidikan mula diperkotak katik 
di mana hilang nilaian integriti ? 
maruah dipajak menyembah tahi 
mana pergi sumpah berbakti ? 
mana dicampak jati diri ? 
kerana bodoh , kami hilang percaya sendiri ... 

#repeat paper upsr sains dan bahasa inggeris @2014 

Wednesday, September 10, 2014

Hati yang Rawan

sudah aku berlari
sudah aku mencari
aku kini tidak meminta lagi
kerana aku akan berusaha sampai mati
hanya untuk mencari bakal khalifahku ini

aku tahu Allah sedang melihat dan menilai
apakah aku benar redha akan perjalanan ini
benarkah aku yakin dengan perjuangan ini
walau terkadang rohku mati ditelan perit sendiri

Allah.... bukan ini yang aku minta dari kamu
tetapi aku tahu dan aku perlu setuju
yang semua aku minta bukan perlu Kau tunai
walhal bagiku permintaanku itu sudah memadai

Allah .... aku tahu telah Kau siapkan yang lebih baik dari semua ini
cuma mungkin aku yang tidak sabar dan tahan dengan ranjau berduri
aku sedar ini semua tak semudah yang aku harapkan
tapi dimana kah hilangnya semua kesabaran untuk sebuah hubungan

mungkin aku salah perhintungan
mungkin juga dia sudah mati harapan
dan sedarnya aku hari ini
bukanlah tiket untuk aku akhiri semua ini
masih tergantung hingga malam ini
dan aku kembali menangis lagi....

Monday, September 8, 2014

langit biru

tiada aku sekuat ini jika bukan untuk kamu
tiada aku seteguh ini jika bukan kerna kamu

angin yang berlalu
membawa khabar yang tidak indah bagiku
entah di mana ia terbangkan semua damaiku
buat aku jadi tersisih dan terasing dari kamu

langit yang biru
hamparkan kisah pilu di hadapanku
buat jiwa aku resah dan tidak berlagu
hanya kerana engkau diam terpaku di situ

Saturday, September 6, 2014

Doa untuk awak

ya Allah , jika benar dia untukku 
kau mudahkanlah jalan untuk kami bersatu 
kau suluhkanlah cahaya agar kami tidak kaku 
dan kau gerakanlah hatinya untuk jelaskan kepadaku .... 
kerana diam dan buat tidak tahu itu
tidak membantu .... 

ya Allah, jika benar dia milikku 
kau kuatkanlah hatinya dan aku 
agar saling mencintai Mu 
jangan yaAllah , Kau biarkan kami 
hanyut dalam perasaan dan nafsu 

ya Allah jika benar dia jodoh untukku 
kau tenangkanlah dia seperti mana kau damaikan hatiku 
kau mantapkanlah imannya lebih dari imanku 
kau curahkan cintaMU dalam hatinya 
agar sujudnya sentiasa mengingati kamu 
kau peganglah hatinya agar tinggalkan dosa lalu 
dan kau jadikanlah dia sehebat khalifah Mu 

ya Allah , jika benar dia imamku 
aku pohon setulus hatiku 
agar aku mampu menjadi makmumnya
agar aku mampu menjadi pendampingnya 
agar aku mampu menjadi bidadarinya 
dan semoga dia rasa damai memiliku 
dan tiada harinya yang kecewa dengan bicaraku 
dan tiada malamnya yang sunyi tanpa cintaku 
jadikanlah kami pasangan yang saling merindui 
dan insyaallah cinta ini tidak mati di sini 
tetapi kekal mekar di syurga menanti ... 

Friday, September 5, 2014

1+1=buntu

satu tambah satu , 
kalau tiada guru ,
kita tidak akan pernah tahu ...
jadi jelaskan kepada aku 
agar tiada lagi kelabu ! 


Thursday, September 4, 2014

in luv

sebelum ini...
bebas aku melakar bicara di pena maya
petah kuberkata di laman manusia
namun hari ini ....
aku mula kelu untuk bermadah
kerana hati sudah mula gelisah

lihat kamu pun, aku mula rasa sesuatu
dengar suaramu pun, aku sudah tidak menentu
apakah ini tanda kamu untukku?

#4september#i'm luv

Tuesday, September 2, 2014

mimpi teruna

Ikal rambut gadis itu
senyum gadis itu
wangian mawar gadis itu
buat teruna tidak lena tidur 

teruna itu hampir gila 
teruna itu hampir mati 
kerana ingatkan gadis  di sana 
kerana angaukan gadis sunti 

teruna itu setiap hari menulis surat cinta 
puitis bahasanya agar gadis itu lembut jiwanya 

teruna itu setiap hari dendangkan lagu cinta 
merdu suaranya agar hati gadis itu cair mendengarnya 

setiap malam, teruna itu mimpikan gadis itu 
setiap malam, teruna itu bayangkan gadis itu 

TETAPI ... SAYANG 
rupanya gadis itu .. 
hatinya sudah dimiliki !! 

dan teruna itu hidupnya hanya bersandarkan mimpi 

kisah kapur

seperti mana kapur tidak jemu menconteng papan hijau
begitu jugalah semangat aku mencurahkan ilmu

seperti mana kapur tidak pernah merintih patah berulang kali
begitu jugalah aku izinkan hatiku dilukai dan disakiti

seperti mana kapur redha dirinya diganti dan tidak diguna lagi
begitu jugalah aku yang pasrah bila sampai masa nya nanti

Iman yang terpilih

Dia dan kisahnya yang berbunga-bunga 
Dia dan kisahnya yang berduri-duri 
Dia tenggelam dalam ceritanya 
Dia lemas dalam konfliknya sendiri 

Bila diaa di atas, dia sibuk membanggakan diri 
dan bila dia jatuh ke bawah, dia menyalahkan takdir illahi 

Dia yang dulu pernah ketawa 
Kini dia diam bersama air mata
dulu dia lupa pada hakikat dunia 
sehingga dia jadi manusia tahap dewa 

sekarang dia kembali berpaut pada Tuhan 
hatinya yang kotor dibersih taqwa dan iman
dia bertekad menjadi hamba yang bersyukur 
yang setiap hari amalnya disukat dan diukur 

dan jelas ..... baginya ... 

sabar itu bukan pada mulut yang berbicara 
tetapi pada hati yang bertahan secara luar biasa