Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Tuesday, May 22, 2012

~~ Sang Pecinta yang HalaL ~~~




Saya mencari yang halal untuk dicintai
Bukan dia atau dia yang meminta tuk dirindui
Tanpa sebarang makna dan harapan untuk menikahi

Saya mencari seorang khalifah yang tahu memimpin
Bukan lelaki yang hanya pandai bermimpi
Tiada usaha, duduk dan tidur dalam angan-angan

Saya mencari mujahid yang teguh dengan agama
Setia menjadi makmmun dalam jemaahnya
Bukan pemegang rekod mengumpul wanita
Bukan juga yang terkinja-kinja di kaki lima

Saya mencari seorang lelaki yang hebat menawan hati ibunya
Dia tahu di situ ada  tiket syurganya
Yang kasih pada ayahnya
Bukan lelaki yang meninggalkan keluarga
setelah mencintai kekasihnya

P/s : Selagi ada lelaki soleh, semestinya masih ada wanita yang solehah ~~

Monday, May 21, 2012

Di sebalik Luka .. ada U



in a daily day, kite berkawan...
ada bender kite sangat suka berkongsi macam 
'Eh kau tau, aku dapat mesej dari die..waaa bahagianya hati..'
lepas tu ada jugak camnie 'aku x suke ar nga minah kerek tu..huhu berasap ajew aku tengok die'..

sharing is caring

tu la konsep bersahabat....tapi makin lame kite kawan..makin rapat dan erat..
rahsia kau rahsia aku..rahsia aku rahsia kau..pakwe kau pakwe aku..OPSSS ssilaap..hehe 
pakwe masing-masing punye hal laa kan....hehhe
tapi apa akan jdi kalau 'kite'  tu dah mula kecik hati antara satu sama lain
maksud aku ada satu 'HAL' yang memang kite sangat terasa nga die..?
dah hilang tempat 'BERSAMA' tu ... 

no more .....

sharing is caring

nilaa cabaran dalam berkawan...
sebuah kemaafan untuk sebuah kelukaan 
why not campak keegoaan untuk memohon maaf?
maaf tu nilai die tinggi tapi kite x perlu keluarkan satu sen pun
top up berpuluh2 ringgit tuk mesej pakwe buley ajew
tapi nk bayar kemaafan tuk kelukaan .. berkira plak??
nilai kemaafan tu hanya perlu dibayar dengan keikhlasan hati jew
x susah mane pun kan? 
andai betool prinsip teman itu diperjuangkan
tentunye 'maaf' itu segera dilafaz selepas 'terasa hati' ...


p/s : Kacang PEACE x selamanya PEACE...

Suara ajew Hensem , Rupe Blom sure ~~~


Cik Awan : eYh U, semalam kan Bakal Pakwe I tu call, waaa Sedap Giler suara dia tau..Ala-ala aIZAT
                  (penyanyi tuu) gituuu...
Cik Langit  : Oh ye? Tapi kan megikut pengalaman Playgirl I ni ... Suara sedap tu sure dia x Ensem U...
                 

P/s : Orang x ensem / x lawa Juga layak dicintai... hehehe :)

Tuesday, May 15, 2012

Usah Biarkan Hati itu Mati


Kebaikan itu bukan untuk dibangga
Tetapi tiket menjadi hamba syurga

Di saat manusia itu merintih dan menangis
Mendambakan keampunan dari Maha pencipta
gugurlah segala dosa yang tergalas dibahunya
dalam jiwanya sudah ada tekad
syaitan meronta menjerit hampa
seorang pengikutnya sudah bersara
manusia itu kembali menyembah tuhaNnnya
hati sentiasa memohon taubat nasuha
agar jasadnya tidak diseksa oleh api neraka

     Lead me to jaNnnah 

Cinta Vs Persahabatan

haiseyhh payah nye kalu dari kawan biasa tu nk bertukar jdi kawan special
dari yg x der aper2...hem jadi ada ape2....
mcm nk terkeluar otak dari kepala pikir akan analogi nya
dah ase cam nk terbakar wayar2 mentafsir erti di sebalik persabahatan
okey camane kalu cter nye hanya begini
'we start as friend and end with frendss gak' x leyh kew camnie ajew?
x yah nk selit2 bender cinta atau feeling jiwang memanjang ??
konon2 kalu ade bender nie, cter lagi best ar? canggitu ek?
~~~~ aisyh ~~~ susahnye bile bdepan ngan bende nie ~~~~

Wednesday, May 9, 2012

Velvet di Durham


aku memang giler membaca..x bace jiwe memey x idup ~ ~
and right now, aku sedang layan novel Velvet di Durham.
novel nie last choice lam list tyme aku beli kat Book Fair baru2 nie..
bile bace sinopsis, ak jatuh hati... and then cam leyh agak
mybe novel nie agak berat sket kot...

and looneyh, kirenya ada beberapa bab lagi tinggal tuk dihabiskan
sincerely, novel nie sangat best..kene nga jiwa aku
seorang gadis yang bernama Fid idup dalam dunia falsafah...
namun sayangnya, dia yang kaya dengan falsafah idup
akhirnya tenggelam dengan dugaan dunia ...
lam pada tu ader yang sweet2 sket..
this story about frendss, love and finding God...
sesuai sgt pada manusia2 yang semangatnya hilang..
dan bile kite dah jatuh, still lagi masih ada ruang tuk kite bangkit kembali
moral value byk lam novel nie...
ia bukan cerita cinta biasa...ia adalah cerita cinta yang luar biasa :)

p/s : korang bace laah... :)

Tuesday, May 8, 2012

~~Kisah antara Sahabat ~~~


Mungkin pernah kita terluka dek patah bicara nya
tetapi kita juga kerap ketawa bersama meniti bahagia
esok belum tentu ada cerita indah antara kita
namun hari ini biarlah menjadi kenangan manis kita bersama

seperti mana aku sayangkan seluruh jiwaku
begitu juga sayang aku pada diri kamu
andainya dirimu pernah terluka dengan tajamnya lidahku
percayalah dengan segenap jiwamu
aku tidak sanggup melihat kau menjauh dariku
aku tidak mampu membiarkan air mata menitis dipipimu
Andainya dapatku himpunkan gunung-gunung dalam dunia
inilah besarnya sebuah kemaafanku pohon dari dirimu semua

setulus persahabatan bagiku tidak semudah menulis coretan di maya ini
sesungguhnya perjuangan yang kita lalui bersama sangatlah dalam ertinya
andainya mampu aku lakarkan pada langit biru
mungkin tiada ayat puitis yang mampu kutulis untuk kamu
walau aku gubah sebuah lagu tentang suka duka kita berteman
tidak akan ada melodi yang mampu mengindahkan lagu itu
kerna persahabatan ini terlalu suci nilainya
tiada bandingnya dengan dunia
hanya mampu kuukur andainya kita semua bertemu di syurga...

mungkin nasib kamu malang menjadi teman untuk aku
tapi percayalah andainya Rasulullah bahagia di samping para sabahatnya
aku juga bahagia mendapat teman seperti kamu
di saat aku hampir tersungkur menyembah kegagalan
ada tangan-tangan yang gagah menghulur memberi kekuatan
di saat aku cuba menutup peritnya sebuah kelukaan
ada tangan yang mengusap tangisku
ada bahu menjadi tempat aku bersandar
menghalau jauh sendu agar tidak kekal dalam hatiku
di saat aku tersesat dalam kenikmatan dunia
ada kamu menyedarkan aku yang hampir terleka...

Manusia itu sememangnya lemah
begitu jualah seorang hamba yang bernama sahabat
aku mungkin seorang sahabat yang tidak mampu
membawa damai dan tenang pada hati-hati kamu
aku juga bukanlah seorang teman yang sentiasa
bersama kamu di saat kamu terluka kerna dunia
tetapi yakinlah dalam tekad,
pada setiap doaku, moga terbinanya sebuah istana
untuk kamu meniti indahnya bahagia menjadi penghuni syurga

Sincerely, 
Lead Me To Jannah


Wednesday, May 2, 2012

Senyum Sampai Langit

Pada sebuah langit yang luas 
aku mula melakar sebuah kanvas lukisan 
tidak seindah lagu teripta, tidak pula sehebat kisah cinta
lukisan ini biasa.. cuma coraknya luar biasa

Pada Dia, aku meminta agar hati ini masih mampu teguh
jangan mudah sayang pada seorang khalifah 
walau kami berhubung dari jauh
mengutus salam pada angin
semampu boleh cuba aku memelihara hubungan ini...
agar teguh keberkatan Illahi mencucuri persahabatan suci

Pada jiwa, aku pohon kesabaran 
agar tenang dan jangan cepat terburu
tidak mudah membuat keputusan
sangat senang mencipta alasan
bukan dosa yang aku buru
bukan neraka yang aku tuju 
sekadar mendamba sebuah syurga
terbina indah dalam taman rindu 
atas landasan Dia Yang SATU

Pada Cinta Nan tulus 
Aku ini pejuang yang teguh
cinta mendidik aku utuh 
bukan mudah jatuh tersungkur 

Pada wanita dan sahabatku..
jangan lemah pada lelaki biasa 
tetapi taatlah pada lelaki luar biasa 
mungkin semalam kita buta dalam menilai kaca
dan hari ini biarlah kita peka akan setiap luka 
berdoalah pada Dia yang Maha Mendengar
moga Dia haddirkan lelaki Luar biasa itu
dan bila sampainya waktu itu, 
Setialah dirimu pada nya
lelaki itu datang sebagai 
suami yang akan membawamu ke syurga