Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, October 31, 2011

bila hati mula berbicara

kipas berputar laju
bayu pagi berhembus pilu
sunyi..gelap..tetapi damai
aku sendiri merenung ruang yang kosong
aku buntu dan aku keliru
adakah keputusan yang aku buat ini betul?
hati berbicara...andainya ini kesilapan
kumohon Allah ampunkan dosa ini
andainya ini tidak memberi apa makna-makna
aku mohon supaya ianya bermakna
ku harap mereka di sana selamat sahaja
dan aku di sini hanya menunggu...
dan berharap semoga esok seperti hari ini...
ketika hati ini mula berbicara..
di laman maya ini mula meluah rasa
kulihat jam sudah pukul lapan
dan akal mula berfikir ssuatu
DHUHAA
baik aku solat dhuha...
alang-alang aku pjnteng class nie kan..
heheeheee baik aku manfaatkan pagi yang indah ini dengan solat dhuhaa...

Monday, October 17, 2011

Tentang masa Depan

hem ase nya dah lamee bebenooorr kacang peace x jiwang2..(tangan tutup mulut..hehee)
yelooo asyek duk ngadu nasib ajew kjee kacang peace yee
okey nape tetibee je ek kcang peace nk jiwang malam nie
emm cangini cternyee
aura nk jiwang malam nie sebb kacang peace baru tengok gambar kawen
sorang senior yang comeyyy sangat wesss...(rezeki Allah kasi dia comel..alhamdulillah)
haii yaa dapat laki pun ensem
emm dah laa dua dua nya ustazah n ustaz...
untung laaaa....orang dah kawen...
heheee p kacang peace still agi maintain nieee...
u all jangan bimbang kacang peace x kan jdi pengantin remaja lari
heheee takot laa kcng peace nk wat cang gitu....
korang pun jangan laa wesss sian mak bapak korang
okey aa ase2 dah x leh sabaa tu, baik korang puasa sunat banyak2 la ek
hehehee okey selamat beramallll....

Sunday, October 16, 2011

orang lain VS diri sendiri

okey kacang peace sejak akhir2 nie selalu ajew post cter baru kan...
sbb nye lately, banyak bende yang datang lam idup kacang peace
even name kacang peace adalah Peace (aman, tenang)
but....kacang peace tetap hambaAllah yang tepilih untuk diuji kan...


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
 “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


huhuuu...okey laa kacang peace nk cter sal orang lain VS diri sendiri
percayalah kacang peace bukannya suka sgt nk cter pasal orang lain
sbb diri sendiri pun lum diupgrade lagi.x sesempurna mane pun jugak
pendek kate kacang peace lebih kurang ajew nga korang2 tu..nggeee
tapi ader laa minah nie, die sbuk duk list kan klemahan orang2
kononnya orang nie x patut wat cangini...ehh tapi 
sunggoh2 duk kate yang diri sendiri btol cam jalan yang lurus laa
adooii yaa berapi jugak laa hati kacang peace nieee...
tapi TUUPPPP TTUUUPPP....
hah amek kooo minah
die plak yang buat..
ape yang dia list pasal orang tuu
gedebookkk kene mate idung sendiri
adooii yaa
cian jugak laa kacang peace dengan minah niee
tu laa satu jari duk tunjuk kat orang
4 jari lagii tuuu tersengih2 kelih kat kitaa
hah sape nk jawab tuu??
okeyy agak tajam jugak bicara kacang peace malam niee
hem pendek kataa laa ...
duniaa niee sementara ajew
jangan duk abihkan masa tengok kesalahan orang
sedangkan diri sendiri tu yang perlukan perhatiann andaa
okey
sekarang nie kacang peace nk sume janji pada diri sendiri
yang upgrade iman masing2 okeyy
ingat bukan berubah jadi malaikat
tetapi perlahan2 menjadi hamba Allah
yang soleh...
tu jee..okey daa slam permisi

Saturday, October 15, 2011

Ada mereka kisah???

ada mereka kisah jika aku terluka?
ada mereka kisah jika aku terseksa?
ada mereka kisah jika aku begini?
ada mereka kisah jika aku sunyi?
pada manusia ada duka
pada manusia ada gembira
mereka berlagak sempurna
kononnya perjuangkan bahagia
namun akhirnya mereka juga yang tewas
kononnya mereka berkorban apa saja
namun akhirnya mereka terkorban dengan janji sendiri
tinggallah aku disini
menjalani hari tanpa hati
moga Allah sentiasa menemani

Friday, October 14, 2011

Mendengar itu perlu

dari jauh aku memerhati manusia itu
manusia yang hampir dekat denganku
namun sangat jauh dari hatiku
kisah hidupnya berbeza 
dia sentiasa dikelilingi bunga-bunga cinta
dia sering dipuji kecantikannya
malah hidupnya sentiasa ditemani warna
namun langkahnya tempang
gagal menghidu dugaan mendatang
akhirnya dengan cinta dia tewas
bagiku cukuplah dia menjadi hamba cinta manusia
cukuplah dia menghabiskan malam mengingati kasihnya
dan bagiku sudah tiba masanya dia menutup diari lamanya
kini....di saat ini..di pagi yang hening
kami berbicara
dia bertanya..lantas aku menjawab
episod hidupnya masih tergantung
dan dia sudah menemui cinta baru
akhirnya dia keliru
sudahku beri segala kekuatan padanya
agar bangkit dari kesilapan lalu
kuatkan hati..kini bukan masanya
perjuangkan cinta manusia
belum masanya lagi membiarkan hati dimiliki
penuhkan ilmu di dada
harus tekad dalam berhijrah
bukan terus menjadi bidadari syurga
tetapi melangkah perlahan mengggapai keberkatan
cinta itu suci..aku tidak sanggup membiarkan
kesucian itu ternoda..
akhirnya cinta nampak haram di mata insan-insan lain
nampaknya dia masih tidak faham..
dia melangkah bersama kesilapan semalam
seolah2 cerita semalam diulang kembali
sudahku katakan dari mata turun ke hati
usah diatur sebuah pertemuan
takut kelak terjalinnya pertautan
sudah kukatakan padanya 
antara lelaki dan wanita
itu tiada istilah berteman baik...
kerana nanti akan terbit rasa cinta
bersahabat itu perlu..
namun biarlah berpada
jangan sampai menganggu siang dan malam
bertanya khabar dan berbual dalam maya
kelak nanti akan ada cerita yang bersambung
dalam diam aku berdoa
semoga dia nampak apa yang aku nampak
semoga dia faham apa yang aku faham
namun sekali lagi dia terleka
seandainya aku ini dianggapnya
insan yang tidak memahaminya
insan yang mampu berhujah tekad
kerana bukan aku yang melaluinya
dia perlu sedar yang MENDENGAR ITU PERLU
nafsu itu jangan dimanjai
emosi itu jangan dirajai
kelak menyesal jga yang menanti
dan akhirnya hatinya mati
kalau dulu dia masih mentah dalam merancang hidup
dan kini matanglah dalam menghadapi mehnah dunia
dia sendiri tahu menilai kelemahan manusia lain
kenapa tidak dipantulkan kembali 
kelemhan itu pada diri sendiri?
percayalah duhai teman
dunia hanya sementara
akhirat itu juga yang kita tuju
jangan menempah dosa
kelak syurga itu semakin jauh
ckuplah hitam dulu kita ciptakan
kini biar putih laluannya
semoga diberikan hidayah dan nur
untuk dirimu, aku dan kepada sesiapa
yang sudi mengerti coretan ini...

Monday, October 10, 2011

Pelangi itu pelbagai warna

indah pelangi kerana warna yang pelbagai
namun sebelum terbitnya indah itu,
ada mendung, hujan, ribut dan gelap....
indah hidup kerana ada cinta...
cinta dan pelangi seperti lagu dan melodi
yang tidak mampu dipisahkan
sebelum cinta, ada duka dan tangisan
adaa pengorbanan yang perlu dilakukan
hidup kita berbeza
kisah yang berbeza
kita yang mencorak laluan itu
namun perlu panduan dari Nya
kerana kita merancang tetapi ..
Dia jugalah yang menentukannya
dalam menghadapi hidup
melakukan kesilapan itulah manusia
namun mengulangi kesilapan itu bukan biasa
manusia perlu belajar untuk menjadi bijak
bijak membuat keputusan
bijak merancang hidup
kita yang menentukan hati..
bukan hati yang menentukan kita
jangan tewas denga nafsu
ini perjuangan Iman kita..
hati yang kuat beroleh keberkatan
jiwa yang goyah hanya menagih air mata
air mata dek kesilapan bodoh manusia
dan manusia itu adalah kita
pilihlah..
ada akal..ada iman...
carilah perisai di setiap pengalaman menongkah arus
manusia itu berbeza...prinsip hidup tersendiri...
berdoalah moga kita di antara hamba2 yang terpeliharaa...