Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, June 1, 2017

Secebis rindu dari kamar biru

Ku buaikan dia agar terus lena ..dan lena
Dia yg tersenyum sedangkan matanya terpejam
Entah mimpi apa sampaikan dia ketawa
Yang pasti doa bonda iringi anakanda
Semoga yang kamu lihat di dalam tidurmu
Itu semuanya indah-indah belaka

Bonda renung wajah halusmu
Bonda jadi rindu
Rindu pda cinta hati bonda
Yang sedang berjuang di kala ini
Rindu pada khalifah keluarga kita


Oh mujahidku di sana
Lekaslah duhai kanda
Lekaslah pulang
Gapai secebis rindu kmi ini
Katil ini kosong tanpa adanya kamu
Kami doa d saat kami rindu ...


Saturday, December 17, 2016

Hati yang terbang pergi

di saat mereka bercerita tentang bahagia 
meniti syurga dunia bersama yang tercinta 
aku mula mendongak langit 
meneroka yang lepas dan sedang kulalui
adakah aku berkongsi langit yang sama dengan mereka 
atau langitku sedikit kelam dan suram ketika ini
hanya ketika ini sahaja, 
di kala hati sedang berduka .... 


di saat aku merenung saki baki yang ada 
menelusuri lorong lorong lepas 
airmataku tewas dan membanjiri alam 
apakah aku kini lemah dan tidak mampu berdiri lagi

Tuhan, kembalikan aku yang dulu
aku yang kuat , tidak kenal apa itu sedih dan air mata 
aku yang tabah, hadapi caci maki manusia 
aku yang hebat , lalui hidup dengan senyum tawa 

Tuhan, andainya yang bersalah itu adalah aku
yang memikul dosa itu adalah aku
Kau ampunkan aku. 
aku juga mahu ke syurgaMu
tetapi dia meletakkan aku disimpang neraka 
apakah aku tiada layaknya dipimpin dengan kelembutan , bukan keterpaksaan

aku terima dia seadanya,
kurangnya disitu, aku tutup biarpun terpaksa berbohong bicara 
hanya kerana maruahnya perlu aku jaga
aku selimutkan kekurangannya dan berpura pura 

iya, aku bahagia bersamanya
penah malam malamku ditemani airmata 
merenung dia yang sedang meniti mimpi 
aku tahu di hatinya dia ingin menjadi yang sempurna untukku
yang menyediakan segala kesenangan dan kemudahan
yang mahu menjadi dahan tempatku berpaut
aku menangis teresak esak memikirkan hasratnya 
yang masih terhalang dengan kemampuan waktu 
masanya akan tiba... suatu hari nanti. 
aku percaya dia akan membahagiakan aku seperti yang lain... 

aku ketepikan mimpi mimpi indah sebelum aku memilikinya 
kerana ketika itu sudah aku bersiap sedia lalui susah di sampingnya
biarpun hak aku belum mampu dia sediakan kini ... 
kerana aku jatuh cinta padanya .. bukan kerana harta
tetapi kerana indah akhlaknya
isi ilmu agamanya
lembut tuturnya
tinggi sabarnya ...

kami pernah diuji dengan kehilangan dan kekecewaan 
tapi Allah cipta peluang kedua tanpa aku sangka
dia lah pendampingku... dia yang pernah aku cintai 
tapi terpaksa aku tinggalkan di pertengahan
hanya kerana patuh pada bicara bonda 
yang inginkan anaknya bahagia ......

pesan bonda padaku 
aku yang ingkar katanya 
kelak jangan menyesal
andai susah menghimpit
dan tidak sabar
aku yang menurut kata hati 
membelakangkan bonda 
hanya kerana aku nampak jodohku dengannya sudah tiba
aku pegang pada bahagia itu bukan kerana harta 
tetapi kerana faham agama dan beragama....

mungkin kifarah ku mula menghampiri 
ada saja yang tidak kena dimatanya
sedangkan dlm masa yang sama 
aku mampu telan semua duka bersamanya
biarpun terpaksa ketepikan permintaan bonda di kala itu

walaupun aku tiada sempurna wanita solehah
ada khilaf melakukan dosa dan salah 
dilabel ingkar pada kata dan arahannya 
aku tetap berdiam dan telan pahitnya kata 
tetapi ... sabarku juga ada hadnya
bila diri rasa tidak diperlukannya lagi 

aku yang sedang membawa cinta hati kita 
perlukan ruang dan masa untuk menyendiri 
kerana sudah penat begini 

dia yang mendiamkan diri 
sedangkan aku menangis dan tidak tidur
mimpi indahku bertukar ngeri ... 

biarlah aku tanggung sendiri .... 
maafkan diri ini ..... 
aku pergi bukan kerana benci 
tapi untuk kau tahu apa itu rasa bila tidak dihargai.... 

Yang Derhaka

aku yang derhaka pada setiap arahan dan katamu
aku yang derhaka pada setiap permintaan dan bicaramu

aku yang kau label sering ingkar
sering keras kepala
sering melawan kata
sering berdebat bicara

aku yang ingin menang
aku yang menegak kebenaran

aku lah penderhaka ...
tempatku di neraka
jauh sekali dari syurga

alangkah malangnya dirimu memiliki aku, sang penderhaka ....

Wednesday, August 3, 2016

Aku pergi dulu

masa masa yang berbaki 
makin hampiri hati yang pilu 

antara tugas dan keluarga
antara teman teman di sini 
dan suami di sana ...

akhirnya aku memilih untuk pergi 
bukan kerana membenci 
tetapi sudah sampai waktunya 
aku undurkan diri 

demi keperluan hati yang perlu dipenuhi 
demi bakal khalifah  yang membesar hari demi hari 
demi rasa yang bercampur baur dan bererti 

aku kuatkan hati melalui perpisahan ini

tiga tahun, seperti sekejap sahaja di sini
ku tempuhi pelbagai kisah suka duka 
tangis tawa , jatuh bangun 
mana mungkin ku mampu pergi
tanpa memberitahu aku sayang kamu semua

kamu kamu yang bakal kurindui
doakan aku di tempat baru .... 

p/s : dari sk kerukan ke sk bandar tun hussien onn



Thursday, July 14, 2016

Permata Hati

sungguh tiada kumenyangka 
seawal dan secepat ini Allah beri kita rezeki 
hadirkan tanda cinta dalam rahimku ini 

walau pada mulanya aku menangis 
kerana tiada berdaya melalui saat saat susah seorang diri
tanpa kamu menemani ku disini 
tapi aku tahu pada setiap sujud dan doamu
ada aku dan bakal permata hati kita 

Allah.... kuatkan aku, tabahkan aku. 
bukan sengaja aku mengada dan bermanja 
tetapi fitrahnya aku tiada berdaya 
aku perlukan Kamu ya Tuhan... 

Bantulah aku hambaMu ini
Buangkan alahan ini
kerana aku tidak mahu tidur dalam tangis lagi... 

aku mahu kandunganku ini membesar dengan sihat... 
aku mahu semua urusan ku dipermudahkan.. 
dari awal hinggalah sampai bila bila

aamin.. 

bakal mama :) 

Sunday, May 8, 2016

AWAN RINDU

setiap kali kuterbang di awan
pasti aku utuskan ribuan doa
memasang utuh sebuah harapan
akan inilah yang terakhir berjauhan
kerna aku tak sanggup berair mata
menangisi akan perpisahan
dan menunggu pertemuan yang seterusnya

walau ada indahnya pada rindu
ada bahagia bila bertemu
kita pasti menghargai waktu
dan berdoa pasti nanti kita bersatu

Tuhan, kuatkan hatiku
yang halusnya selapis kuku
nampak cekal hadapi liku
tetap bila patah, pasti aku
tak henti menangis dan mengadu
kenangkan rindu akan dirimu

CINTA PERTAMA DAN TERAKHIR

kita bagai bayu
saling menyapa bila rindu
mendamai bila berliku

walau terkadang bayu itu
menjelma sebagai taufan biru
diamkan bicara matikan rindu
pasti nya  ada kemaafan di situ
kerna kita tak sanggup diam begitu
sedangkan jiwa sangat memerlu

lumrah berumah tangga
ada kata yang tergigit
ada jiwa yang terluka
ada rasa yang terhiris
sebenarnya itu cinta yang tak lupa

adat manusia bercnita
yang lemahku di situ, pasti ada kamu menguatkanku
setiap kurangmu , pasti ada aku melengkapimu

betul kata orang, kalau sudah jodoh
tidak ke mana larinya dia
kita tetap menuju pada dia
walau terpaksa lalu jalan menyeksa

doa pada DIA yang menulis cerita kita
semoga kita bersama hingga ke syurga
bisik pada DIA yang menemukan kita semula
semoga kita berjodoh selamanya

tadah syukur ~~~