Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, December 17, 2016

Hati yang terbang pergi

di saat mereka bercerita tentang bahagia 
meniti syurga dunia bersama yang tercinta 
aku mula mendongak langit 
meneroka yang lepas dan sedang kulalui
adakah aku berkongsi langit yang sama dengan mereka 
atau langitku sedikit kelam dan suram ketika ini
hanya ketika ini sahaja, 
di kala hati sedang berduka .... 


di saat aku merenung saki baki yang ada 
menelusuri lorong lorong lepas 
airmataku tewas dan membanjiri alam 
apakah aku kini lemah dan tidak mampu berdiri lagi

Tuhan, kembalikan aku yang dulu
aku yang kuat , tidak kenal apa itu sedih dan air mata 
aku yang tabah, hadapi caci maki manusia 
aku yang hebat , lalui hidup dengan senyum tawa 

Tuhan, andainya yang bersalah itu adalah aku
yang memikul dosa itu adalah aku
Kau ampunkan aku. 
aku juga mahu ke syurgaMu
tetapi dia meletakkan aku disimpang neraka 
apakah aku tiada layaknya dipimpin dengan kelembutan , bukan keterpaksaan

aku terima dia seadanya,
kurangnya disitu, aku tutup biarpun terpaksa berbohong bicara 
hanya kerana maruahnya perlu aku jaga
aku selimutkan kekurangannya dan berpura pura 

iya, aku bahagia bersamanya
penah malam malamku ditemani airmata 
merenung dia yang sedang meniti mimpi 
aku tahu di hatinya dia ingin menjadi yang sempurna untukku
yang menyediakan segala kesenangan dan kemudahan
yang mahu menjadi dahan tempatku berpaut
aku menangis teresak esak memikirkan hasratnya 
yang masih terhalang dengan kemampuan waktu 
masanya akan tiba... suatu hari nanti. 
aku percaya dia akan membahagiakan aku seperti yang lain... 

aku ketepikan mimpi mimpi indah sebelum aku memilikinya 
kerana ketika itu sudah aku bersiap sedia lalui susah di sampingnya
biarpun hak aku belum mampu dia sediakan kini ... 
kerana aku jatuh cinta padanya .. bukan kerana harta
tetapi kerana indah akhlaknya
isi ilmu agamanya
lembut tuturnya
tinggi sabarnya ...

kami pernah diuji dengan kehilangan dan kekecewaan 
tapi Allah cipta peluang kedua tanpa aku sangka
dia lah pendampingku... dia yang pernah aku cintai 
tapi terpaksa aku tinggalkan di pertengahan
hanya kerana patuh pada bicara bonda 
yang inginkan anaknya bahagia ......

pesan bonda padaku 
aku yang ingkar katanya 
kelak jangan menyesal
andai susah menghimpit
dan tidak sabar
aku yang menurut kata hati 
membelakangkan bonda 
hanya kerana aku nampak jodohku dengannya sudah tiba
aku pegang pada bahagia itu bukan kerana harta 
tetapi kerana faham agama dan beragama....

mungkin kifarah ku mula menghampiri 
ada saja yang tidak kena dimatanya
sedangkan dlm masa yang sama 
aku mampu telan semua duka bersamanya
biarpun terpaksa ketepikan permintaan bonda di kala itu

walaupun aku tiada sempurna wanita solehah
ada khilaf melakukan dosa dan salah 
dilabel ingkar pada kata dan arahannya 
aku tetap berdiam dan telan pahitnya kata 
tetapi ... sabarku juga ada hadnya
bila diri rasa tidak diperlukannya lagi 

aku yang sedang membawa cinta hati kita 
perlukan ruang dan masa untuk menyendiri 
kerana sudah penat begini 

dia yang mendiamkan diri 
sedangkan aku menangis dan tidak tidur
mimpi indahku bertukar ngeri ... 

biarlah aku tanggung sendiri .... 
maafkan diri ini ..... 
aku pergi bukan kerana benci 
tapi untuk kau tahu apa itu rasa bila tidak dihargai.... 

Yang Derhaka

aku yang derhaka pada setiap arahan dan katamu
aku yang derhaka pada setiap permintaan dan bicaramu

aku yang kau label sering ingkar
sering keras kepala
sering melawan kata
sering berdebat bicara

aku yang ingin menang
aku yang menegak kebenaran

aku lah penderhaka ...
tempatku di neraka
jauh sekali dari syurga

alangkah malangnya dirimu memiliki aku, sang penderhaka ....