Patah bahu memikul
dek beban menggunung
menahan berat yang
bertimbun
Dugaan berliku
persis ombak yang bergulung
Sehingga tidak larat
mendongak ke awan biru
Walau untuk sesaat,
aku tidak mampu !
Dari kecil, aku
lihat kamu tersenyum
Ketawa dan menangis
untuk dapatkan susu
Hingga dewasa,
bertambah segaknya diri kamu
Buat aku percaya
kamu akan jadi pemuda berilmu
Namun takdir Allah,
siapa menduga
Aku sudah tidak
kenal kamu siapa
Yang dulu hebat
bermain bola
Sekarang kamu sesat
, datangnya bala
Andai aku mampu
untuk berkata
Bahawa dalamnya aku
kecewa
Tentu kau akan
menyesal
Malah tidak mampu
berbicara
Andai aku mampu
melakar besarnya luka
Tentu kau akan
menangis meratap hiba
Dan menyesalnya kau
lahir ke dunia
Menjadi manusia yang
tidak berguna
Jika harga sebuah
syurga itu tinggi nilainya
Aku redha gadaikan
bahu dan dada
Biar patah dan
merobek jiwa
Asalkan aku bukan
insan hina
Dan andainya untuk
menjadi penghuni syurga
Perlukan airmata seluas
samudera
Aku redha, tabah, hadapi semua
Asalkan penamatnya
bukan di neraka ..
No comments:
Post a Comment