kali ini... seolah-olah lesu
entah apa yang sedang berlaku
akukah yang terlalu kaku
atau hebatnya kuasa nafsu ??
aku mahu jadi yang setia ke masjid
bersama-sama meraikan solat terawih
berebut menjadi makmum dihadapan
bergegas pulang utk khatam al quran
tetapi mengapa hari berlalu ...
buat aku makin tidak tahu
apakah erti ramadhan lalu
dan makna ramadhan kali ini ...
aku sesat mcari makna sendiri
hampir pertengahan ramadhan
sudah banyakkah pahala yang berhimpun ?
atau semakin tinggi dosa tersimpan?
entah... aku kalah dengan pelbagai perasaan ...
YA ALLAH ..
aku mahu menjadi hambaMu
yang hebat berdiri dan sujud padaMu
yang tidak mahu kalah dengan manjaan nafsu
yang tidak gentar dengan tidur terganggu
hanya utk meraih berkatnya redhaMu ...
biarlah malamku tanpa mimpi yang indah
kerana lekuk dahi persembahkan tahajud
biarlah malamku tanpa angin salju
asalkan peluhku menitis dek menangis pilu
meratapi dosa dan kesalahan lalu ..
biarlah aku menangis sehingga sakitnya mataku
asalkan aku bukan yang pertama masuk disitu
bukan neraka tempat ku tuju
tapi padaMU ingin ku bertemu...
No comments:
Post a Comment