Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, December 19, 2011

Pena Rindu

Sebuah cinta melayang di udara
dulu ianya sarat dengan impian tuk bersama
berjanji seiring ke syurga
dia khalifah penuh cita-cita 
menjulang agama setiap masa 
dia pejuang semangatnya membara 


Takdir Allah siapa menduga
cintanya berlabuh dan masanya tiba
bidadari dunianya hadir menjaga
aku berundur bersama tangis duka
biar dia bahagia dalam doa
semoga mereka bersama selamanya


Aku menulis tanpa adanya dia
kini rinduku mahu berbicara 
aku mahu memadam episod semalam
biar kelam..biar suram..aku ingin melupakan
dengan semangat yang ada
penaku menulis agar rindu bebas berbicara

No comments:

Post a Comment