Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, June 23, 2011

baju kurung merah VS baju melayu hijau serindit

The guy : 
Melihat senyummu seperti ada cerita duka
Yang mungkin engkau pendam sekian lama
Ingin sekali aku bertanya
Moga terluah segala derita 


The lady :
Sekian lama cerita ini tersimpan dalam jiwa
Dan telah aku berjanji ianya biar jadi rahsia
Tidak mungkin aku luahkan pada sesiapa
Namun engkau pula datang menagih cerita


The guy : 
Redup mata itu seolah2 berbicara
Tentang apa aku sendiri keliru menilainya
Yang pasti air mata itu menyeksakan jiwa
Luahlah gadisku, moga engkau kembali ceria 

The lady : 
Biarlah aku begini
Janganlah engkau bertanya lagi
Jika benar engkau mahu aku ceria
Hentikan soalan yang tambahkan derita

The guy : 
Bibirmu tersenyum namun aku tahu ada luka di situ
Engkau ketawa tetapi ia hanya bisu di telingaku
Riakmu bersahaja dan aku tahu jiwamu terseksa
Aku ini bukan sekadar seorang teman
malah insan yang bertekad untuk menghapuskan
episod duka dalam diari kehidupan…

The lady : 
Aku pernah kehilangan insan yang aku sayang
Yang sudah aku impikan dunia akhirat
 Hanya dia aku cinta..
Namun takdir Allah siapa mampu menduga
Dia pergi di saat aku amat memerlukannya
Bukan pintaku untuk jadi begini
Aku hanya manusia yang kadang-kadang
Tidak mampu menerima dugaan ini
Aku tewas dan lama aku hilang dalam derita
Aku menjerat hati sendiri dan menutup
Segala cerita hidup..
Yang aku tahu hanya dia dalam hati

The guy : 
Jika begitu, izinkanlah aku membuka cerita baru bersamamu
Jika dia pernah engkau cintai dahulu,
Aku relakan dalam hatimu aku berkongsi ruang bersama dia
Aku tidak memaksa engkau melupakan dia
Aku hanya ingin bersamamu
Berkongsi derita
Berkongsi cerita
Agar engkau tahu dunia ia sebenarnya indah         

THE Lady keliru...dan kisah mereka masih tiada nokhtahnya 

No comments:

Post a Comment