Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, September 3, 2012

..Bagi Mereka yang Terluka ...


Dengan Nama Allah Yang mAHA Pemurah lagi Maha Penyayang

Menemui Sahabat-sahabat yang pernah gagal, 
gagalmu hari ini tidak bererti engkau lemah, 
gagalmu hari ini baru permulaan hidup 
Allah beri kamu masa yang panjang
untuk kamu gapai kejayaan yang lebih indah...

Menemui Sahabat yang sedang berduka
tiada senyum sebelum datangnya air mata 
tiada tawa sebelum adanya duka 
tiada pelangi tanpa turunnya hujan
tiada Bahagia andai kamu tidak merasa luka
Lukanya kamu hari ini
tiket Tabah kamu hari esok...

Menemui Shabat yang kini menitiskan air mata 
sedih dan pilu sedang hebat dalam dada
walau ramai yang menemani
namun sedikit yang memahami 
tetapi tiada yang menghayati
cerita ini cerita jiwa
air mata yang mengalir tanda kamu lemah?
ya..kita lemah tanpa Dia..
semoga Dia juga mampu mengembalikan 
kekuatan dalam hati kita

Menemui sahabat yang sedang sendiri
biarkan mereka berkata apa saja
lena lah mereka dalam angan dan keji 
bisiklah pada hati usah membenci
sesungguhnya hati yang teruji
itulah yang diberkati
semoga kita dilindungi Illahi....

P/s : 
Kacang Peace
4 September 2012
Gedung Ilmu ditemani mereka...

5 comments:

  1. aku sahabat yang xlayak digelar sahabat~
    ~hatiterluka~

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ada pada gelaran...yang penting nilai dan penghayatan persahabatan...
      x yah dihitung banyak mana kita memberi
      tetapi hargailah pada yang masih menghargai..

      Delete
  2. kecewa dengan diri sendiri bile menyedari hakikat yang kite bukan sahabat yang terbaik..xmampu untuk jadi yg terbaik..hanya mampu menghargai tanpa layak dihargai~
    ~hatiterluka~

    ReplyDelete
  3. memberi x semestinya dibalas.. umpama sebuah perniagaan yang kita x mampu nak kawal untung dan rugi.. tapi apa yang perlu kita buat ialah teruskan pelaburan.. dalam bersahabat juga, teruskan memberi yang sebaik muungkin tanpa dipersoalkan balasannya... itulah yang dinamakan keikhlasan.. Andai kata persahabatan itu tidak seperti yang diharapkan, Anggap sahaja ianya sekadar sedekah... Memberi dengan ikhlas tanpa perlu ada balasannya..

    ReplyDelete
  4. kecewa itu sebahagian dari warna hidup...manis itu sebagai nikmat hidup...tiada kehidupan tanpa manis dan pahit..

    ReplyDelete