Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, December 21, 2015

Nota Cinta untukmu


bakal kusarungkan pada jarimu
semoga saat itu tiba tepat pada waktu

kau lah bakal imamku

pimpinlah aku dengan kelembutan
kerana aku khuatir aku akan tenggelam
jika dengan kekasaran ~~~ hancur binasa segala kebaikan

pujuklah aku di kala tangisku , rajukku
jika kau turut berdiam
maka hinalah aku sebagai permaisuri di hatimu

damaikan aku bila marahku sedang bermaharaja
jangan pernah tunding salahku sahaja
tapi usaplah bahuku sambil berkata
sayang abang bukan pemarah orangnya ....

ingatkan aku jika aku melampui batas
kerana emosi terkadang terbabas
bagai dirasuk segala kata terluah bebas

dan di malam malam sebelum terpejam mata

berbaringlah di sampingku , bisikkan kisah indah
romantisnya Rasulullah pada isterinya
teguh cinta Adam menemui Hawanya
biarlah ianya jadi panduan cinta kita

sebelum malam dengan sunyinya
berteman bintang dan bulan
maafkan isterimu ini abang
andai pernah meluka hatimu
andai tertinggi suara ku ini
andai taatmu aku ingkari

redhailah aku sebagai bidadarimu
halalkan salah dan keterlanjuran

jika malam ini malam terakhir kita
biarlah kita berakhir dengan baik baik saja

janji kita, jumpa di syurga ..

kau lah jodohku dunia akhirat ~~ semoga semoga

kita ada kesempatan untuk tua bersama
untuk jadi abah dan mama
lihat anak anak kita terdidik agamanya
membesar sebagai hamba Allah yang berjasa

~ tingginya anganku

yang mencintaimu..

No comments:

Post a Comment