Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, January 16, 2012

Terukir di Bintang

Langit gelap...dan malam pun tiba
ada bintang yang indah di atas sana
aku hanya mampu merenungnya
mungkin x kan bisa menggapainya

cinta di hati ini seperti tiada sudahnya
tanpa wajahnya, aku mampu tersenyum bahagia
namun sesekali dia ada dihadapan
tawa ini bertukar derita

dia yang sudah lama hilang
kini muncul kembali
dari jauh aku hanya mampu bersahaja
tetapi semakin hampir
aku mula terseksa

tidak akan ada cerita 
yang bersambung lagi
kerana dia telah dimiliki
aku juga tidak ingin 
walau hanya bayangnya

cinta yang terukir di bintang
bukan lagi bersamanya
jauh di sudut hati
aku mahu kisah baru
tabahlah duhai jiwa
dalam melalui hari2
yang sentiasa ada wajahnya...


No comments:

Post a Comment