Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Friday, July 4, 2014

Bonda ...

Datang lah....
bila-bila masa saja
di sini,
aku sentiasa bersedia
sebab aku bukan milik sesiapa
bukan milik kamu atau dia

Datang lah
aku turut kata bonda
sebab aku sudah tiada daya
bukan aku tidak berusaha
sudah... mcm cara
tapi bonda tidak mahu terima dia
dan aku sudah putus bicara

aku beri laluan pada bonda
biar dia carikan pula
seorang demi seorang datang bertemu mata
dan pergi tanpa berita
dan hadir dengan pelbagai cerita
yang akhirnya bukan bahagia ...

pilihan keluarga hanyalah fantasi drama cinta
nampak mudah tetapi sebenarnya sukar
dua hati berbeza dan x kenal sesiapa
mana mungkin dalam sekelip mata
mampu bersatu dan terima semua
ini zaman khayal dan berangan
tidak mudah terima kenyataan...

semuanya kerana bonda
aku akur pada jalan mu
sebab aku mahu raih bahagia
sebab aku mahu berkat dari mu

biar hati ini kadang-kadang terseksa
kerna tidak faham apa bonda mahu
tetapi aku sedapkan hati yang luka
semua ini ada hikmah yang menunggu

Thursday, July 3, 2014

Bawa Diri

Aku sebenarnya tidak suka begini
benci melayan perasaan ini
dulu pernah sekali
hati sakit kerana semua ini
dan kali ini
sekali lagi
aku jadi begini !!!

Tuhan, andai mampu aku minta
aku mahu dia jauh dariku
dan hatiku jangan ada rasa untuknya
sudah aku buang segala yang tak perlu
tapi kini seolah2 aku mula mcipta
ruang dan masa seperti dulu
salahkah aku? atau kamu??

kalau aku tahu sakitnya begini
tentu tidak aku bercakap dengan kamu
kalau aku tahu ngilunya luka ini
tentu tidak aku ikut rentak kamu

kini tengok lah... aku terperangkap lagi
mohon kamu cepat sedar
usah buat aku begini
biarkan aku sendiri
kalau boleh biar aku bawa diri !!

Wednesday, July 2, 2014

Aku Bukan Batu

Pelik... seakan dia bukan lagi insan dulu
pelik... seakan dia menjadi manusia baru
jadi apa beza dia sekarang.. dan dia hari itu?

Dia sedang senyum...
untuk siapa?
kalau bukan kepada ku
sebab tiada lagi sesiapa di belakangku
jadi aku rasa memang dia senyum padaku

Dia sedang memandang
kepada siapa?
jika bukan kepadaku
kerana apa?
aku pun buntu

Dia sedang berbalas gurau
benarkah??
ya..dia memang sedang lakukan sesuatu
dan dia memang lain dari selalu
mungkin dia mula sedar
aku bukan batu
untuk dia buat tak tahu....

Tuesday, July 1, 2014

Hujan

Basah ...  hujan itu buat aku tidak senang
basah lagi.... hujan itu makin lebat dan kencang

Hujan ... andainya mampu engkau basahkan
aku ingin hampar kan semua rasa ini
Hujan..andainya mampu engkau damaikan
aku ingin hidangkan hatiku di sini

sungguh ...
andainya aku mampu terbang dan berlari
sungguh ..
andainya aku mampu berlari tanpa henti
dan sungguh
andainya aku mampu terbang tanpa jatuh lagi

aku ingin lari dari ruang ini
ruang yang aku nampak dia
ruang yang aku dengar suara dia

dan kadang-kadang ... kami bertembung renungan sama ...
diam...sunyi... yang ada hanya rintik hujan

Dia Tak Pernah Tahu

Dulu pernah aku terpikir
apa rasa jika aku jatuh cinta pada dia
apa jadi jika aku selalu mimpi akan dia
pernah terpikir ..
tetapi tidak sanggup bermimpi

pernah aku curi memandangnya
pernah aku senyum melihatnya
tapi itu dulu.. masa aku berangan tak kira masa
dan dulu itu .. aku kira itu benda biasa

semua rasa ini... hanyalah dulu
bukan sekarang ... malah dia tak pernah tahu
dan dia tidak ambil tahu ...
sebab aku tidak pernah memberitahu
dan aku rasa itu tidak perlu
kerana semua itu hanyalah dulu...

#ujar pada bibir#

Sunday, June 29, 2014

KISAH KITA

Berbeza... itu dulu
sama ... itu lah kami bina
dari terasing , kami mesra
dari diam, kami berbahasa

bergelak tawa sampai nampak gigi
saling mengata sampai puas hati
kalau boleh mahu saja bergusti
sebab tidak mahu kalah mati

bila ingat, senyum sendiri
sebab tak pernah jangka semua ini
hanya ingat .. bila jauh dari famili
tentu tidak gembira lagi
rupanya masih ada..
bahagia di sini

kelak berpisah... tentu sedih
kelak jauh.. pasti sunyi
kisah kita kian sebati
hakikat hati tak dapat sembunyi
pasti nanti kita merindui
setiap detik semua di sini..

Saturday, June 28, 2014

Bicara Ramadhan

Ramadhan, 
bawa jauh dosa itu
campak sesal ini ke situ 
kembalikan syurga aku 
aku ingin jadi penghunimu...