kalau kita bergurau, bahagia terasa sampai jiwa
kalau kita bercerita, masing-masing kalut mahu bertanya
betapa gembiranya kita ... seakan teman setia
tapi itu bila kita sehati dan sejiwa
Tetapi... bila sudah tidak sekata
mulalah muncung sedepa
masam mencuka
tajam berkata
buat malam terasa seksa
kalau boleh putus sahaja
dan mahu cari pula ...
yang lain... yang sejiwa ...
No comments:
Post a Comment