Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, June 8, 2013

...Zon diLarang Mengungkit ...

Alicia dan John bergaduh hanya kerana Alicia tidak mahu menukar siaran televisyen. Akibat kurang sabar, John berkata menyebabkan keadaan menjadi tegang. 
jOHN : Hari tu saya dah bagi awak tengok rancangan ni.. malam nie saya nak tengok siaran bola. 
Alicia : oh sekarang awak nak mengungkit la? apa lagi awk nak ungkit lagi?
John : Hah memang awak nie... 
Alicia : Memang apa? jenis x kenang budi? hah elok laa ungkit laa ungkit... 

Alicia bangun dan meninggalkan John sendirian. 

TEMA : LARANGAN MENGUNGKIT ... 

hanya kerana kita rasa tidak adil..kita mula mengungkit segala kebaikan yang lepas
semoga kebaikan yang telah kita labur itu akan dibalas oleh manusia lain... sangkanya begitu. 
Tetapi bagaimana pula respon bagi yang mendengar/menerima ? 
ye mungkin ada kebaikannya juga. antaranya boleh menyedarkan si pendengar itu tentang hakikat formula memberi dan menerima. Tetapi jika disusun sepuluh orang begitu..mungkin hanya seorang dua sahaja yang duduk berfikir dan bermuhasabah. Selebihnya lebih kepada sakit hati gara2 mengunkit. untuk itu... 
apa jalan penyelesaiannya?? Saya pun tidak tahu... 

yang pasti.. jika sudah memberi ..jangan diungkit.. 
belajarlah konsep memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. 
jika Manusia tidak mampu menghargai kebaikan itu..
jangan bimbang ia sudah selamat diberi penilaian OLEH ALLAH DI ATAS SANA... 
Dia lah sebaik2 penilai..bukan? 

Belajar menjadi manusia dewasa ... matang dalam pemikiran dan berkata2.. 
bukankah sikap ungkit mengungkit..balas membalas lebih sinonim dengan kanak-kanak.. 
anda pilih ? mahu jadi dewasa tetapi kecil akalnya atau dewasa yang matang akalnya.. 

di sini ialah ZON DILARANG MENGUNGKIT 

No comments:

Post a Comment