Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, October 10, 2011

Pelangi itu pelbagai warna

indah pelangi kerana warna yang pelbagai
namun sebelum terbitnya indah itu,
ada mendung, hujan, ribut dan gelap....
indah hidup kerana ada cinta...
cinta dan pelangi seperti lagu dan melodi
yang tidak mampu dipisahkan
sebelum cinta, ada duka dan tangisan
adaa pengorbanan yang perlu dilakukan
hidup kita berbeza
kisah yang berbeza
kita yang mencorak laluan itu
namun perlu panduan dari Nya
kerana kita merancang tetapi ..
Dia jugalah yang menentukannya
dalam menghadapi hidup
melakukan kesilapan itulah manusia
namun mengulangi kesilapan itu bukan biasa
manusia perlu belajar untuk menjadi bijak
bijak membuat keputusan
bijak merancang hidup
kita yang menentukan hati..
bukan hati yang menentukan kita
jangan tewas denga nafsu
ini perjuangan Iman kita..
hati yang kuat beroleh keberkatan
jiwa yang goyah hanya menagih air mata
air mata dek kesilapan bodoh manusia
dan manusia itu adalah kita
pilihlah..
ada akal..ada iman...
carilah perisai di setiap pengalaman menongkah arus
manusia itu berbeza...prinsip hidup tersendiri...
berdoalah moga kita di antara hamba2 yang terpeliharaa...

No comments:

Post a Comment