Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Friday, October 14, 2011

Mendengar itu perlu

dari jauh aku memerhati manusia itu
manusia yang hampir dekat denganku
namun sangat jauh dari hatiku
kisah hidupnya berbeza 
dia sentiasa dikelilingi bunga-bunga cinta
dia sering dipuji kecantikannya
malah hidupnya sentiasa ditemani warna
namun langkahnya tempang
gagal menghidu dugaan mendatang
akhirnya dengan cinta dia tewas
bagiku cukuplah dia menjadi hamba cinta manusia
cukuplah dia menghabiskan malam mengingati kasihnya
dan bagiku sudah tiba masanya dia menutup diari lamanya
kini....di saat ini..di pagi yang hening
kami berbicara
dia bertanya..lantas aku menjawab
episod hidupnya masih tergantung
dan dia sudah menemui cinta baru
akhirnya dia keliru
sudahku beri segala kekuatan padanya
agar bangkit dari kesilapan lalu
kuatkan hati..kini bukan masanya
perjuangkan cinta manusia
belum masanya lagi membiarkan hati dimiliki
penuhkan ilmu di dada
harus tekad dalam berhijrah
bukan terus menjadi bidadari syurga
tetapi melangkah perlahan mengggapai keberkatan
cinta itu suci..aku tidak sanggup membiarkan
kesucian itu ternoda..
akhirnya cinta nampak haram di mata insan-insan lain
nampaknya dia masih tidak faham..
dia melangkah bersama kesilapan semalam
seolah2 cerita semalam diulang kembali
sudahku katakan dari mata turun ke hati
usah diatur sebuah pertemuan
takut kelak terjalinnya pertautan
sudah kukatakan padanya 
antara lelaki dan wanita
itu tiada istilah berteman baik...
kerana nanti akan terbit rasa cinta
bersahabat itu perlu..
namun biarlah berpada
jangan sampai menganggu siang dan malam
bertanya khabar dan berbual dalam maya
kelak nanti akan ada cerita yang bersambung
dalam diam aku berdoa
semoga dia nampak apa yang aku nampak
semoga dia faham apa yang aku faham
namun sekali lagi dia terleka
seandainya aku ini dianggapnya
insan yang tidak memahaminya
insan yang mampu berhujah tekad
kerana bukan aku yang melaluinya
dia perlu sedar yang MENDENGAR ITU PERLU
nafsu itu jangan dimanjai
emosi itu jangan dirajai
kelak menyesal jga yang menanti
dan akhirnya hatinya mati
kalau dulu dia masih mentah dalam merancang hidup
dan kini matanglah dalam menghadapi mehnah dunia
dia sendiri tahu menilai kelemahan manusia lain
kenapa tidak dipantulkan kembali 
kelemhan itu pada diri sendiri?
percayalah duhai teman
dunia hanya sementara
akhirat itu juga yang kita tuju
jangan menempah dosa
kelak syurga itu semakin jauh
ckuplah hitam dulu kita ciptakan
kini biar putih laluannya
semoga diberikan hidayah dan nur
untuk dirimu, aku dan kepada sesiapa
yang sudi mengerti coretan ini...

No comments:

Post a Comment