Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, September 8, 2014

langit biru

tiada aku sekuat ini jika bukan untuk kamu
tiada aku seteguh ini jika bukan kerna kamu

angin yang berlalu
membawa khabar yang tidak indah bagiku
entah di mana ia terbangkan semua damaiku
buat aku jadi tersisih dan terasing dari kamu

langit yang biru
hamparkan kisah pilu di hadapanku
buat jiwa aku resah dan tidak berlagu
hanya kerana engkau diam terpaku di situ

Saturday, September 6, 2014

Doa untuk awak

ya Allah , jika benar dia untukku 
kau mudahkanlah jalan untuk kami bersatu 
kau suluhkanlah cahaya agar kami tidak kaku 
dan kau gerakanlah hatinya untuk jelaskan kepadaku .... 
kerana diam dan buat tidak tahu itu
tidak membantu .... 

ya Allah, jika benar dia milikku 
kau kuatkanlah hatinya dan aku 
agar saling mencintai Mu 
jangan yaAllah , Kau biarkan kami 
hanyut dalam perasaan dan nafsu 

ya Allah jika benar dia jodoh untukku 
kau tenangkanlah dia seperti mana kau damaikan hatiku 
kau mantapkanlah imannya lebih dari imanku 
kau curahkan cintaMU dalam hatinya 
agar sujudnya sentiasa mengingati kamu 
kau peganglah hatinya agar tinggalkan dosa lalu 
dan kau jadikanlah dia sehebat khalifah Mu 

ya Allah , jika benar dia imamku 
aku pohon setulus hatiku 
agar aku mampu menjadi makmumnya
agar aku mampu menjadi pendampingnya 
agar aku mampu menjadi bidadarinya 
dan semoga dia rasa damai memiliku 
dan tiada harinya yang kecewa dengan bicaraku 
dan tiada malamnya yang sunyi tanpa cintaku 
jadikanlah kami pasangan yang saling merindui 
dan insyaallah cinta ini tidak mati di sini 
tetapi kekal mekar di syurga menanti ... 

Friday, September 5, 2014

1+1=buntu

satu tambah satu , 
kalau tiada guru ,
kita tidak akan pernah tahu ...
jadi jelaskan kepada aku 
agar tiada lagi kelabu ! 


Thursday, September 4, 2014

in luv

sebelum ini...
bebas aku melakar bicara di pena maya
petah kuberkata di laman manusia
namun hari ini ....
aku mula kelu untuk bermadah
kerana hati sudah mula gelisah

lihat kamu pun, aku mula rasa sesuatu
dengar suaramu pun, aku sudah tidak menentu
apakah ini tanda kamu untukku?

#4september#i'm luv

Tuesday, September 2, 2014

mimpi teruna

Ikal rambut gadis itu
senyum gadis itu
wangian mawar gadis itu
buat teruna tidak lena tidur 

teruna itu hampir gila 
teruna itu hampir mati 
kerana ingatkan gadis  di sana 
kerana angaukan gadis sunti 

teruna itu setiap hari menulis surat cinta 
puitis bahasanya agar gadis itu lembut jiwanya 

teruna itu setiap hari dendangkan lagu cinta 
merdu suaranya agar hati gadis itu cair mendengarnya 

setiap malam, teruna itu mimpikan gadis itu 
setiap malam, teruna itu bayangkan gadis itu 

TETAPI ... SAYANG 
rupanya gadis itu .. 
hatinya sudah dimiliki !! 

dan teruna itu hidupnya hanya bersandarkan mimpi 

kisah kapur

seperti mana kapur tidak jemu menconteng papan hijau
begitu jugalah semangat aku mencurahkan ilmu

seperti mana kapur tidak pernah merintih patah berulang kali
begitu jugalah aku izinkan hatiku dilukai dan disakiti

seperti mana kapur redha dirinya diganti dan tidak diguna lagi
begitu jugalah aku yang pasrah bila sampai masa nya nanti

Iman yang terpilih

Dia dan kisahnya yang berbunga-bunga 
Dia dan kisahnya yang berduri-duri 
Dia tenggelam dalam ceritanya 
Dia lemas dalam konfliknya sendiri 

Bila diaa di atas, dia sibuk membanggakan diri 
dan bila dia jatuh ke bawah, dia menyalahkan takdir illahi 

Dia yang dulu pernah ketawa 
Kini dia diam bersama air mata
dulu dia lupa pada hakikat dunia 
sehingga dia jadi manusia tahap dewa 

sekarang dia kembali berpaut pada Tuhan 
hatinya yang kotor dibersih taqwa dan iman
dia bertekad menjadi hamba yang bersyukur 
yang setiap hari amalnya disukat dan diukur 

dan jelas ..... baginya ... 

sabar itu bukan pada mulut yang berbicara 
tetapi pada hati yang bertahan secara luar biasa