Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, June 28, 2014

Ramadan - bawa luka dosa itu pergi

BUkan sengaja untuk melupakan
tidak berniat untuk memadamkan
sekadar ingin membuka lembaran
kisah baru yang menenangkan

# insan baru # ramadhan

Wednesday, June 18, 2014

PANTANG

Tidak aku kisah !!
pada berat beban bahu memikul

Tidak aku peduli !!
pada kencang angin memukul

Tapi Aku Pantang !!
pada manusia yang macam setan

Aku PANTANG !!
pada dia yang tidak peduli
aku susah ,
aku resah ,
hanya kerana untuk dia melepaskan diri !!!

mati kami maki

kami tahu kami baru di sini
jadi kami terima apa diberi
segala arahan, kami turuti
sehinggaa terbeban, kamu buat kami
tapi siapa ambil peduli ???
kamu diktator, kami kuli ???

hatta kami muda sekalipun,
tapi kami juga ada hati
kami minta dihormati
kami merayu sepenuh hati
jangan buat kami begini lagi....

kami sedar kemampuan diri
yang mampu, kami tawar diri
yang tidak, kami korbankan hati
kerana itu janji kami
mahu berbakti sehingga mati
TAPI !!!!!
Jangan buat kami sesuka hati
jangan anggap kami hamba abdi
nanTI kamu MATI , dimaki kami
kerana SABAR kami sudah tiada lagi !!

Monday, June 16, 2014

Plezz Be a man .. a trueli matured man

panjang lebar aku terangkan... kenapa dan mengapa
berbuih2 bibir melontar... sebab dan alasan
aku sangka kamu faham apa aku kata
mati-mati aku ingat kamu terima kenyataan
dan ianya berlaku dalam satu malam

hari ini....saat ini...
kau datang berserabai
tagih itu ini... ungkit tidak sudah sudah
apakah aku sedang bermimpi ??
mati mati aku ingat semuanya kamu terima
rupanya engkau masih tidak mengerti !!

aku hanya mohon satu
di saat aku celaru
tolong jangan ganggu
sebab bila aku naik hantu
jangan harap kita mampu bersatu

so plezzz... plezz be a man... a trueli matured man. the end

RomBonGan


Di anjung, dia sedang berbicara
Bersama ayah dan mama
Dia tidak malu malah selesa
Mampu bergurau dan berkongsi cerita

selesai berbicara lewat tengahari ..
Dia meminta mengundur diri
Di tangannya ada beg kertas bentuk hati
Dia pesan untuk bakal isterinya nanti ...
Untuk anak gadis ayah mama yang menanti ..

Insyaallah ada rombongan bakal tiba nanti .. 

Manusia Bodoh

Beriya-iya kau katakan kau cinta setinggi gunung
beriya-iya kau laungkan aku persis bidadari anggun

Aku sengih ... sinis tersenyum... tiada bicara
rupanya engkau masih hidup dalam hikayat purba kala
rupanya engkau sesat berangan sampai syurga
rupanya aku hanyalah watak rekaan sebuah cerita
rupanya aku manusia bodoh mengharap cinta biasa


Tiada milik siapa

Belum rasa jiwa untuk apa dan siapa
mungkin masa nya belum tiba 
dan roh kembali berdoa 
moga ada jiwa untuk dicinta ...