dan saya memilih untuk pergi
dan saya memlih untuk menjauhi
bukan kerana putus asa
tetapi sudah tiada daya
kehabisan masa ...
kekeringan tenaga...
jadi jangan msej saya lagi
jangan cuba hubungi saya lagi
kerana tanpa awak di sisi
saya akan lebih tabah menghadapi...
dan saya memlih untuk melepaskan awak pergi
dan saya juga juga memilih untuk tiada di sini...
Manusia & Dunia
Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami
Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi
Friday, June 13, 2014
HILANG
awak kata ... untuk bersama saya ... sangat sukar
awak kata ... untuk bersama saya... sangat mencabar
saya pula kata .. untuk bersama awak... perlukan masa
saya kata untuk hidup dengan awak... kena sabar
tapi saya kan hanya manusia biasa
walau saya mampu membulatkan mata
tetapi hati saya sudah ranap kecewa
sampai bila saya perlu berharap ?
sampai bila saya harus setia ?
jadi saya akan hilang ...
hilang dan terus menghilang....
awak kata ... untuk bersama saya... sangat mencabar
saya pula kata .. untuk bersama awak... perlukan masa
saya kata untuk hidup dengan awak... kena sabar
tapi saya kan hanya manusia biasa
walau saya mampu membulatkan mata
tetapi hati saya sudah ranap kecewa
sampai bila saya perlu berharap ?
sampai bila saya harus setia ?
jadi saya akan hilang ...
hilang dan terus menghilang....
Thursday, June 12, 2014
KACAU
hati tidak tenang..itu tandanya kacau
jiwa serabut...itu maknanya kacau
bila kacau, semua kerja tidak kena
bila kerja tidak kena, mulalah datang menggila
bantal campak merata
sumpah seranah jelas ditelinga
sabar sudah tiada
akhirnya rebah menangisi dunia
jiwa serabut...itu maknanya kacau
bila kacau, semua kerja tidak kena
bila kerja tidak kena, mulalah datang menggila
bantal campak merata
sumpah seranah jelas ditelinga
sabar sudah tiada
akhirnya rebah menangisi dunia
Saturday, June 7, 2014
SEJIWA
kalau kita bergurau, bahagia terasa sampai jiwa
kalau kita bercerita, masing-masing kalut mahu bertanya
betapa gembiranya kita ... seakan teman setia
tapi itu bila kita sehati dan sejiwa
Tetapi... bila sudah tidak sekata
mulalah muncung sedepa
masam mencuka
tajam berkata
buat malam terasa seksa
kalau boleh putus sahaja
dan mahu cari pula ...
yang lain... yang sejiwa ...
kalau kita bercerita, masing-masing kalut mahu bertanya
betapa gembiranya kita ... seakan teman setia
tapi itu bila kita sehati dan sejiwa
Tetapi... bila sudah tidak sekata
mulalah muncung sedepa
masam mencuka
tajam berkata
buat malam terasa seksa
kalau boleh putus sahaja
dan mahu cari pula ...
yang lain... yang sejiwa ...
Tuesday, June 3, 2014
Setia tiket bahagia
Katanya jika aku
hilang .. maka nanar lah dia
Katanya jika aku
jauh... meranalah dia
Tapi jika aku
sebutkan nikah dan wang belanja
Dia hanya ketawa
menggelengkan kepala
Friday, February 7, 2014
KEHILANGAN
Mungkin kamu tidak sehebat dia yang pernah hadir
Mungkin kamu tidak setegas dia yang berprinsip
Mungkin kamu tidak setenang dia yang pernah bertahta
Tetapi biasa nya diri kamu akhirnya membuatkan aku sekali lagi jatuh cinta
terkadang engkau tersasar menjadi yang tidak matang
terkadang bicaramu tersasul menyakitkan rasa
terkadang sabarmu tidak kekal lama
terkadang engkau mendesak menyempitkan jiwa
namun dihati ini tetap namamu yang ada
puas ku berlari mengejar yang lain
puasku merintih agar kamu dapat kulupakan
namun yang hadir menemani
sentiasa kamu yang tidak penat mencintai
hingga kini..bayangmu juga yang ada di sisi
dalam mimpi tetap setia di sini
ternyata kamu masih dihati
kekal dengan cinta ini
semoga kamu tidak jemu merindui
setiap hari aku sentiasa berdoa
semoga Allah permudahkan jalan utk kita bersama
namun terkadang aku hampir rebah
dibuai resah utk pergi jauh dari kamu
kerana aku sendiri tidak nampak di mana titik itu
mujur kesetiaanmu mengheret aku kembali
dan kini aku mula terasa kehilangan
kini tiba masanya utk melepaskan kamu pergi
kejarlah peluang ini
ianya hanya datang sekali
utk itu, aku pohon kamu kukuh berdiri
genggamlah cita2 itu
aku di sini akan setia menunggu
walau tidak kulontarkan pada bicara
biarlah aku utuskan dalam doa
p/s : dia akan sambung belajar... degree in education..
Thursday, February 6, 2014
InshaAllah...Mungkin kamu JodohKu...
Puas kutepis puas ku menangis
laju ku belari laju ku menjauhi
namun yang tetap hadir hanya kamu menemani
puasku terluka puas kau ku hina
pantasku pergi pantas kau mencari
hebatku bersembunyi bijak kau menemui
akhirnya aku terdiam tanpa kata
ya Allah..
aku tahu dia lelaki yang hebat
walau dia bukan seorang ustaz
aku yakin imannya kuat
dan aku percaya dia insan yang tekad
tekad menjadi yang lebih soleh
mendamba srikandi yang solehah..
untuk kamu duhai pemuda
andainya kamu lebih sabar
dengan waktu dan dugaan ini
aku yakin kamulah lelaki itu
jodohku dunia dan akhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)