Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, September 3, 2012

..Bagi Mereka yang Terluka ...


Dengan Nama Allah Yang mAHA Pemurah lagi Maha Penyayang

Menemui Sahabat-sahabat yang pernah gagal, 
gagalmu hari ini tidak bererti engkau lemah, 
gagalmu hari ini baru permulaan hidup 
Allah beri kamu masa yang panjang
untuk kamu gapai kejayaan yang lebih indah...

Menemui Sahabat yang sedang berduka
tiada senyum sebelum datangnya air mata 
tiada tawa sebelum adanya duka 
tiada pelangi tanpa turunnya hujan
tiada Bahagia andai kamu tidak merasa luka
Lukanya kamu hari ini
tiket Tabah kamu hari esok...

Menemui Shabat yang kini menitiskan air mata 
sedih dan pilu sedang hebat dalam dada
walau ramai yang menemani
namun sedikit yang memahami 
tetapi tiada yang menghayati
cerita ini cerita jiwa
air mata yang mengalir tanda kamu lemah?
ya..kita lemah tanpa Dia..
semoga Dia juga mampu mengembalikan 
kekuatan dalam hati kita

Menemui sahabat yang sedang sendiri
biarkan mereka berkata apa saja
lena lah mereka dalam angan dan keji 
bisiklah pada hati usah membenci
sesungguhnya hati yang teruji
itulah yang diberkati
semoga kita dilindungi Illahi....

P/s : 
Kacang Peace
4 September 2012
Gedung Ilmu ditemani mereka...

Tuesday, August 14, 2012

Beza sahabat di zaman kita dan di zaman Rasulullah





Rasulullah s.a.w sangat bahagia meniti hari bersama para Sahabat
berjuang dan setia bersama menyebarkan dakwah kepada umat
tidak pernah gentar dan takut akan pedang milik musuh ketat
Mereka gagah berjuang hanya kerana mahu mati sebagai syahid
di hati mereka merindukan pertemuan dengan Allah
mendambakan sebuah syurga hingga ke titisan darah terakhir...

Rasulullah bangga dianugerahkan para sahabat yang hebat
tidak terluka dan tidak pernah meluka
bicara halus menegur salah antara satu sama lain
walaupun terpisah jasad, rindu kian memberat
hingga lemah segala kudrat
tidak mampu meneruskan hidup ...

Sahabat RASULULLAH saling mengingat antara satu sama lain
Mereka bersama tidak kira susah, perjuangkan Islam bukan sekadar di bibir
seiring sejalan menuju syurga, perangi dosa dan meraih pahala
Mereka insan teguh imannya, mereka lah penghuni syurga yang kekal

P/s : Sahabt itu ada tiga jenis. pertama yang membawa kita ke arah kebaikan.
        kedua yang membawa kita ke arah kehinaan dan ketiga : kadang2 ingatkan kita pada kebaikan dan      
        kadang-kadang sama2 leka dengan dunia. pilihan di tangan anda :)


Friday, August 10, 2012

~ Bicara Dunia ~

cerita dunia tidak akan pernah ada penghujungnya
bicaralah tentang dunia, sampai esok pun belum tentu habis
cerita dunia, penuh warna leka dan suara duka
persis pisau yang bijak menghunus
menjerat manusia2 ke lembah derhaka

cerita tentang dunia
di saat manusia gembira
dunia seperti syurga
di kala mereka kecewa
dunia umpama neraka

dunia penuh dengan pelbagai kisah
tentang manusia bermacam wajah
tentang cinta yang x pernah sudah
tentang pencarian menemukan resah
akhirnya manusia tersungkur kalah

dunia tetap ada kisah adilNya
beruntunglah mereka yang menemui cahayaNya
rugi lah manusia yang semakin terleka
doa senjata utama
buat mereka yang mahukan syurga

Wednesday, August 8, 2012

TAUBAT HAMBA



Yang Singkat Itu "WAKTU". 
Yang Menipu Itu "DUNIA". 
Yang Dekat Itu "KEMATIAN". 
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU". 
Yang Berat Itu "AMANAH" 
Yang Sulit Itu "IKHLAS". 
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA". 
Yang Susah Itu "SABAR". 
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR". 
Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]". 
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH". 
Yang Berharga Itu "IMAN". 
Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI". 
Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

~ IMAM AL GHAZALI~

Sunday, June 10, 2012

Pena menari biarlah memberi erti

Manusia akan mati pada bila-bila masa 
Tetapi tulisan boleh kekal selamanya
maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita
gembira di akhirat kelak
~~ Al Habib Umar bin Hafiz ~~



Tuesday, May 22, 2012

~~ Sang Pecinta yang HalaL ~~~




Saya mencari yang halal untuk dicintai
Bukan dia atau dia yang meminta tuk dirindui
Tanpa sebarang makna dan harapan untuk menikahi

Saya mencari seorang khalifah yang tahu memimpin
Bukan lelaki yang hanya pandai bermimpi
Tiada usaha, duduk dan tidur dalam angan-angan

Saya mencari mujahid yang teguh dengan agama
Setia menjadi makmmun dalam jemaahnya
Bukan pemegang rekod mengumpul wanita
Bukan juga yang terkinja-kinja di kaki lima

Saya mencari seorang lelaki yang hebat menawan hati ibunya
Dia tahu di situ ada  tiket syurganya
Yang kasih pada ayahnya
Bukan lelaki yang meninggalkan keluarga
setelah mencintai kekasihnya

P/s : Selagi ada lelaki soleh, semestinya masih ada wanita yang solehah ~~

Monday, May 21, 2012

Di sebalik Luka .. ada U



in a daily day, kite berkawan...
ada bender kite sangat suka berkongsi macam 
'Eh kau tau, aku dapat mesej dari die..waaa bahagianya hati..'
lepas tu ada jugak camnie 'aku x suke ar nga minah kerek tu..huhu berasap ajew aku tengok die'..

sharing is caring

tu la konsep bersahabat....tapi makin lame kite kawan..makin rapat dan erat..
rahsia kau rahsia aku..rahsia aku rahsia kau..pakwe kau pakwe aku..OPSSS ssilaap..hehe 
pakwe masing-masing punye hal laa kan....hehhe
tapi apa akan jdi kalau 'kite'  tu dah mula kecik hati antara satu sama lain
maksud aku ada satu 'HAL' yang memang kite sangat terasa nga die..?
dah hilang tempat 'BERSAMA' tu ... 

no more .....

sharing is caring

nilaa cabaran dalam berkawan...
sebuah kemaafan untuk sebuah kelukaan 
why not campak keegoaan untuk memohon maaf?
maaf tu nilai die tinggi tapi kite x perlu keluarkan satu sen pun
top up berpuluh2 ringgit tuk mesej pakwe buley ajew
tapi nk bayar kemaafan tuk kelukaan .. berkira plak??
nilai kemaafan tu hanya perlu dibayar dengan keikhlasan hati jew
x susah mane pun kan? 
andai betool prinsip teman itu diperjuangkan
tentunye 'maaf' itu segera dilafaz selepas 'terasa hati' ...


p/s : Kacang PEACE x selamanya PEACE...