Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Tuesday, September 15, 2015

Kau. Aku. Kita

2012 

telah aku tekad pilih kamu. 
pahat sudah namamu dalam kalbu. 
pasang doa saban waktu. 
tidak mahu yang lain selain kamu. 
hanya kamu. 

2013 

makin aku pahatkan namamu dalam hati. 
kau dan aku mula susun janji. 
ingin sehidup semati. 

2014 

badai melanda. 
kita teruji seksa. 
aku tahu kau merana. 
kerana aku pun rasa yang sama, 
kerana gelap tiada cahaya. 
kita pilih jalan sendiri tanpa rela. 

2015 

aku dan cinta baru. 
namun Allah pinjamkan semntara waktu. 
berpisah dan aku jatuh tertikam luka. 
di saat tangan menadah pohon kekuatan
sekali lagi Allah hadirkan kamu. 
kali ini tak sama sperti dulu. 
aku capai kamu. 
tak nak tinggal lagi. 
kali ini aku akan perjuangkan sehabis dayaku. 

ini janjiku pada kamu. 

# mana nak cari lelaki seperti kamu. 
   


No comments:

Post a Comment