kalaulah dapat kamu memahami isi hati ini...
dan disaat ini aku telah bertekad untuk pergi jauh dari hidup kamu
dan di saat ini telah aku bertekad untuk memberi ruang dan peluang kepada insan lain
kerana bagiku sudah cukup lama aku berikan ruang kepada kamu
bagi membuktikan rasa kamu
bagi membuktikan kamu mampu mencintaiku
namun.... akhirnya belum sampai masanya untuk kamu menjadi pemimpinku...
bukanlah aku mencari kekuranganmu...
kerana bagiku...
aku telah memperjuangkan hubungan kita
sehabis daya dan mampuku...
sehinggakan di saat insan lain hadir
bayangamu jugalah yang membuatkan aku resah
sehinggalah suatu malam...
aku hanya datang kepadamu
sekadar untuk bertanya khabar namun...
engkau pula membalas dengan kata-kata tajam
dan rupanya inilah nilai untukku..
sungguh aku terluka
aku mohon kepada Allah
menangis dan mengadu kepadaNya
sehinggalah Dia memberikan aku kekuatan dan ketenangn
akhirnya aku tutup buku bersama kamu
dan aku berikan ruang kepda lelaki itu
insan lain yang hadirnya bukan untuk suka-suka
tetapi dengan niat menjadikan aku yang halal baginya
maka dengan ini aku merasmikan bahawa engkau bukan yang aku nanti lagi
akan kubuang kenangan bersama kamu jauh-jauh....
terima kasih atas perkenalan yang manis
terima kasih atas bicara yang terluka
akan ku abadikan jauh di kotak minda ini
dan akan kututup selamanya buat kamu di sini
yang ikhlas, aku insan terluka ....
No comments:
Post a Comment