Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Friday, October 4, 2013

Dia Yang Hadir

Ini hanya sebuah cerita biasa
tentang hati yang diusik ketenangannya 
tentang jiwa yang diragut kekuatannya 
dan hampir  tumpah airmatanya 

buat jiwa yang tidak tahu ke mana arah tuju 
doa sahaja kepada Dia di atas sana 
semoga diberikan petunjuk dan cahaya 
agar tidak salah memilih jalan itu 

cukuplah kelmarin aku silap dalam menghitung 
cukuplah semalam aku salah dalam merancang 
kerana aku tidak kuat lagi untuk terus terluka 
dan akhirnya aku jua yang merana ... 

Ya Allah, Kau keluarkanlah aku dari kesulitan ini
dugaan perasaan ini buat aku lemah tidak berdaya 
malahan hari yang mendatang buat aku tidak keruan
hanya kerana sebuah hati yang kesunyian 

jauh dari bahagia .. jauh dari mereka 
aku tekadkan hati yang hampir berkecai 
kepada siapa lagi harus aku meminta 
agar diri diberikan jalan .. jangan lagi sesat di tengah badai 

No comments:

Post a Comment