Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, November 8, 2012

....My Little Tears Drop and Gone...

Tidak akan menjadi manusia yang Tabah jika bukan kerana Mereka
Tidak Mampu merasakan diri ini Hebat tanpa sokongan Mereka
Dari selemah-lemah Kaki melangkah hinggalah kencang aku Berlari
semuanya hanya kerana sorakan dan huluran tangan mereka
siapa Mereka ?? 


Ya Allah...
kami hanya manusia biasa 
berkumpul di bawah satu cerita
satu cerita yang luar biasa
cerita manusia yang berbeza
tetapi mampu juga bersatu 
di bawah KeberkatanMu

Di saat bicara ini meniti lesu di ruangan mata kamu
kita mungkin sudah jauh terpisah dek jarak dan waktu
berdoalah selalu
semoga Dia menemukan aku dengan kamu
semoga kita menjadi sahabat yang saling merindu 

Ya Allah .. mereka guru ku
mendidik dan mengajar ku tentang dunia 
mereka mengajarku erti setia
mereka memberikan aku bahagia 
kerana mereka aku kenal air mata 
kerana mereka aku mampu berdiri 
kerana mereka aku belajar menjadi manusia berani

sejauh mana aku berlari dan mencari
harus di mana lagi aku perlu mencari sahabat sejati 
mereka sudah cukup buat aku tabah di sini 
mereka anugerah yang tidak mampu ditandingi..

p/s : 
salam sayang, rindu dan cinta untuk teman2 
mira, izzati, anis, zana, qilah, isma, etie, farha,
 nadiah, syafi, tom, ayu, mieza, naam
zura, umi, fatin, bella, yatie

Maaf sangat2 kalu awk sume pernah terasa dengan saya
rindu saya? jengahlah blog ini selalu 



4 comments:

  1. Maafkan sy juga meymey andai ada tersilap apa2. Sy syg awk! Jgn pernah lupakan sy yer. T_T

    ReplyDelete
  2. weh serious rind nk dgr mu petah bercerita...hukhuk

    ReplyDelete