Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, June 13, 2013

Peti Ais ~ kekalkan suhu itu


Pandang dinding pom buley senyum sorang2
Pandang kipas pom buley sengih sorang2
tengok apa2 pom... rasa macam fius otak dah x betol.. 
terbang jew ke mana... dan mcam ape ntah ~~ 

simptom penyakit angau !! Bahaya nie. 

AM I IN LOVE ? soklan poyo kot~ ~

Aduhai Hati yang mula mencair .. haruslah kamu beku kembali
kerana masanya belum tiba.. Not now ! not now !! okai ?? 

dan untuk itu... aku merayu .. 
wahai peti ais plez kekalkan suhu kamu sepertimana sebelum ini.. 
jangan cuba nk mencairkan hati yang tersedia membeku .. 

p/s : Oh mama..saya mahu kawen !! 
and mama say : Hoi berangan !! 

Tuesday, June 11, 2013

Indah itu pada pandangan...

pemikiran orang kita ..... apabila melihat seseorang membaca buku agama 
'ouhh nak tunjuk alim la tu'... 'nk berlagak..macam dia jer baik'
atau dri aspek lain 'mesti baik orang nie baca buku agama ajew... mesti dia banyak tahu...'

itu bicara berdasarkan mata dan pandangan manusia biasa ... 
tetapi sedarkah kita..yang tersurat itu ada tersiratnya. 
jadi apa yang tersiratnya ?? 

orang yang sedang membaca buku agama 
sebenarnya dia sedang belajar untuk menambah yang kurang 
sebenarnya dia sedang belajar untuk menjadi yang lebih baik 
sebenarnya dia sedang memenuhi keperluan rohaninya 
sebenarnya dia sedang mengumpul ilmu untuk diamalkan 

dan YESS... ORANG YANG SEDANG MEMBACA BUKU AGAMA itu 
belum tentu baiknya..dan belum tentu jahat ... 

jadi jangan lah menaruh harapan yang tinggi.. tetapi janganlah bersangka buruk
jangan mengharapkan kesempurnaan darinya seratus peratus
untuk menjadi baik sentiasa
kerana dia juga sdaang belajar menjadi lebih baik
kadang2 tersasar melakukan kesilapan kecil.. 

dan di saat dia sedang melakukan kesilapan itu.. 
ada pula yang berkata 
'hais jahat jugak..x padan nga baca buku agama..sia2 jew laa'

mulut manusia... 
di saat memuji...setinggi langit 
di saat mengeji...tiada henti 

p/s : Jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain
berhentikan mengeji manusia lain jika anda  sendiri tidak mampu 
melakukan perubahan itu.. 

Saturday, June 8, 2013

...Zon diLarang Mengungkit ...

Alicia dan John bergaduh hanya kerana Alicia tidak mahu menukar siaran televisyen. Akibat kurang sabar, John berkata menyebabkan keadaan menjadi tegang. 
jOHN : Hari tu saya dah bagi awak tengok rancangan ni.. malam nie saya nak tengok siaran bola. 
Alicia : oh sekarang awak nak mengungkit la? apa lagi awk nak ungkit lagi?
John : Hah memang awak nie... 
Alicia : Memang apa? jenis x kenang budi? hah elok laa ungkit laa ungkit... 

Alicia bangun dan meninggalkan John sendirian. 

TEMA : LARANGAN MENGUNGKIT ... 

hanya kerana kita rasa tidak adil..kita mula mengungkit segala kebaikan yang lepas
semoga kebaikan yang telah kita labur itu akan dibalas oleh manusia lain... sangkanya begitu. 
Tetapi bagaimana pula respon bagi yang mendengar/menerima ? 
ye mungkin ada kebaikannya juga. antaranya boleh menyedarkan si pendengar itu tentang hakikat formula memberi dan menerima. Tetapi jika disusun sepuluh orang begitu..mungkin hanya seorang dua sahaja yang duduk berfikir dan bermuhasabah. Selebihnya lebih kepada sakit hati gara2 mengunkit. untuk itu... 
apa jalan penyelesaiannya?? Saya pun tidak tahu... 

yang pasti.. jika sudah memberi ..jangan diungkit.. 
belajarlah konsep memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. 
jika Manusia tidak mampu menghargai kebaikan itu..
jangan bimbang ia sudah selamat diberi penilaian OLEH ALLAH DI ATAS SANA... 
Dia lah sebaik2 penilai..bukan? 

Belajar menjadi manusia dewasa ... matang dalam pemikiran dan berkata2.. 
bukankah sikap ungkit mengungkit..balas membalas lebih sinonim dengan kanak-kanak.. 
anda pilih ? mahu jadi dewasa tetapi kecil akalnya atau dewasa yang matang akalnya.. 

di sini ialah ZON DILARANG MENGUNGKIT 

Friday, June 7, 2013

Merajuk kepada Kenyataan

ramai manusia lebih suka hidup dalam angan angan yang indah
tanpa ada usaha untuk merealisasikannya...
walhal manusia itu dikurniakan akal yang sempurna
untuk menilai segala kebaikan dan keburukan...
manusia gemar melakar mimpi yang gah gah
tanpa merancang tindakan yang bijak untuk buat mimpi jdi kenyataan
takut dengan kepahitan yang nyata
rela dibiarkan hanyut dengan lena mimpi yang panjang
tapi sampai bila?? sampai bila
harus ditipu dengan angan angan yang tidak pasti?

kadang kadang manusia takut berkata benar
hanya kerana tidak mahu melukakan perasaan orang lain hatta diri sendiri
tetapi bukankah takdir itu sudah siap tertulis
bahawa tanpa pengalaman yang pahit
manusia itu tidak mampu mengenal ketabahan
teruskan lah berkata walau ia sepahit kopi hitam
kerana yang pahit tidak selamanya pahit
kelak ia akan bertemu dengan secubit gula
yang akan memaniskan kepahitan itu...
saat itu barulah manusia tersedar bahwa
mereka bahagia setelah menempuh derita..
susah sangatkah mengatakan yang benar?

ada mereka yang merajuk kepada kenyataan
mereka rela membiarkan perasaan dibuai dengan angan2
asalkan mereka merasa manis sahaja
sampai bila mahu jadi manusia yang hidup dlm kisah fantasi?
sedangkan hidup dibumi harus dilalui ...mesti ditempuhi...
ingatlah jangan dirangka perjalanan hidup hanya bersandarkan manusia
tapi binalah kehidupan bepaksikan keredhaan Allah dan..
kesempurnaan Islam..
jangan Jadi manusia yang hina dalam perjuangan agama...
sumbanglah sedikit tenaga ..biar ada yang sedar
hidup cuma seketika....

p/s : Rasional itu lebih pahit dari Emosional :)

Wednesday, June 5, 2013

Kisah Akok dan Maruku

jika berbeza adakah kita x mampu bersama? 
jika berlainan adakah kita harus berpisah? 

ini kisah tentang dua dunia yang berbeza pada batinnya
namun zahir tampak bahagia

Akok 
saya kuih tradisi orang melayu 
sangat lembut dan manis bila dijamah 

Maruku 
saya dan masyrakat India 
seperti kuku dan isi 
mana mungkin tanpa saya 
perayaan itu sempurna .. 

dan satu hari .... 
seorang lelaki berdiri lama di hadapan kedai 
seolah2 memikirkan sesuatu 
di saat dia masuk 
jemarinya ringan mengambil satu plastik maruku 
dan dua ringgit akok. 
dalam hatinya berharap semoga
dia yang bakal menerima suka

di hadapan rumah gadis itu
lelaki yang segak berkemeja kuning 
menghulurkan dua makanan (akok n maruku)
 itu dalam sebuah plastik yang sama 
gadis itu mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih
bungkusan bertukar tangan. 
lelaki itu dapat buku2 yang dipesannya..
dan gadis itu menerima balasan dengan hati yang terbuka 

Akok dan maruku .. 
berbeza latar belakangnya 
namun dipertemukan dalam sebuah plastik yang sama 
jodoh itu rahsia Tuhan.. 
yang disangka berbeza itu rupanya saling melengkapi.. 

p/s : adaptasi dari kisah hari ini.. 

nota kakitangan: disaat hati dibalut rasa jemu
Allah aturkan satu pertemuan untuk hilangkan rasa itu

Tuesday, May 21, 2013

Tentang lelaki dan perempuan~ Anda harus Tahu

sejak dua menjak ni.. rase gak cam asyek post cter sedeyh je kan... cam dah x sweet lagi.. haiyakk.. x mau la pk bende x tentu hala n sedeyh pedih pilu bagai... StOp.. heeee O_0 ..

GADUH_BAIK_GADUH_TAK BAIK BAIK ~ lumrah alam la kan..
hehehe bila jadik camnie.. tertibe teringat kat sebuah buku 'WHY MEN DONT LISTEN & WOMEN CANT READ MAPS' hakk baguh buku ni...

Man and Women _ spesies yang sama tapi berbeza : hak camana tu?
lam bahasa jiwang nye.. macam bulan dan bintang .. jauh tetapi hampir.. x pernah bersua walau tinggal dilangit yang sama (hiyaa kuasa jiwang datanglah~~~)

nk share something ni... sedia? okey 1..2..3..

belek muka surat 101 under topik : WANITA GEMAS BERKIAS
(hem teringat mesej dri die pasal dia still faham even sy berkias~~ so sweet my honeydew...tapi ye ke paham?? haiyss)

sume orang akui yang wanita tu lebih hebat dan petah berbicara dri lelaki.. kalu lelaki leh cter psal makan dua tiga perenggan ... wanita plak perlukan dua tiga bijik buku nk cter sume tu... waaa banyak sungguh mulut kita kan? hehehe
and then wanita ni suka cakap panjg lebar ...
ketika bergaduh, lelaki mendefinisikan ayat yang diluahkan wanita sebagai percubaan supaya menang.
so jalan penyelsaian ialah wanita itu harus berterus terang menggunakan ayat yang mudah tetapi padat. simple untuk difahami...

tu je la kot nk share nye.. banyak lagi topik best.. p u olls beli la sdiri ek.. hehe x rugi pom.. kalu sy senanng..nti sye plih topik menarik n share... :)

p/s : kami kawan... insyaallah ada jodoh kami kawen.. hik3x

Saturday, May 11, 2013

Little Smile on my Face

salah kah jika aku cakap buat apa nk diikat dua hati ini
sekiranya kamu sendiri tidak jelas untuk membawa hala tuju hubungan kita? 
apa beza hubungan ini dengan orang yang bercouple? 
so kawan je la .. tanpa harus fikir adakah kita tercipta untuk satu sama lain

p/s : 
terpaksa senyum walau aku sendiri pun terluka untuk buat keputusan begini..