Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, March 16, 2013

Pasti aku akan datang ~~ InshaAllah

Bila mahu datang ke rumah saya? 
Tak sabar nk kenalkan awak pada mak ayah saya..

damn! itu yang paling aku takut. 
tidak tahu kenapa.. but Sure aku memang takut!
seriusly.. mati kutu x tahu nak reply apa

~Jeda~ 

nanti awak kawen.. saya datang lah ... 
hah sudah aku masuk mode tidak serius.. 

and then.. he said 
suka cakap camtu... (ada nada berjauh hati)

saya tak paksa ... cuma nk beritahu
famili saya nk wat majlis kesyukuran pada .... 
saya ajak ..tapi x paksa 

~Jeda~ 

'saya tak paksa'  ayat itu buat aku ase cam x tahu nak cakap apa..
and my heart dah macam nk terbang 
aku tarik nafas... 
dengan lafaz Bismillah
aku reply....
honestly... saya tak bersedia...nanti satu masa ..one fine day... 

dia pula 'tak apa...'

nota.hati. : 
bersedia itu harus bagaimana? 
bagaimana 'bersedia' itu mampu disukat atau diukur? 
bagaimana 'bersedia' perlu aku adakan dalam diri? 
dan sampai bila harus aku gunakan alasan 'belum bersedia'? 

Friday, March 8, 2013

Jubah From Mecca

Dia kembali... dengan selamat dan syukur 
Damai di hati mendengar dia pulang 
Lagu Rindu sudah tidak berkumandang lagi 
Aku setia di sini menunggu kamu hadir di sini

'Esok saya datang' pesannya. 
'Nak hadiah!' aku membalas. 
'Tak ada. Nak simpan duit tuk kawen' Dia memberi alasan. 
'Hisyh kedekut taik idung masin' Aku merajuk. 
'Nanti saya datang, awak jangan keluar pom. 
saya nak jumpa ngan mak ayah awak je' Pesannya. 
Aku makin merajuk... 

8/3/2013 Jumaat 11 pagi 

Thanks for coming ..... 
kita tidak pernah bersua muka
walau peluang itu ada
petah kamu berbicara dengan ma ayah-1markah 
imej sopan - 1 markah 
ada buah tangan - 1 markah
itu antara skema aku untuk kamu 
my mom said : okey...bagus
my ayah said : banyaknya duit dia pergi umrah 
aku said : sweetnye kamu ~_^
for da beginning ~~ kamu lulus 

The moment I can't believe .... 
that Jubah from the paper bag..
mujur aku tidak ada sakit jantung
jika tidak dah lama aku semput kot~
The Purple Jubah ..
pandai nye dia pilih 
ikhlas dari hatinya
telah buat hati hamba Allah ini 
gembira dan terharu

and the words I said to you yesterday 
'Hisyh kedekut taik idung masin' 
and tengok .. aku jadi malu sendiri..

Thanks for coming
Thanks for giving... 


p/s : 
This Jubah makes me pray to Allah .. 
moga ada jalan untuk kami 
dipermudahkan jika ada jodoh
dan andainya tiada
redhakanlah hati kami dalam menerimanya
sesungguhnya telah sedaya upaya kami
memelihara hubungan ini agar diberkati Illahi 

Thanks for coming...
Thanks for giving ....



Sunday, February 24, 2013

di sebalik duit berbentuk hati



That Guy : nah upah awak sbb tolong saya..
This Girl  : Hala singgit jew? kdejut taik idung masing ... dah la singgit ...sehelai plak tu!! hampeh ~~

Di sebalik seringgit... 
walau dibandingkan dengan nilai wang kertas yang lain...
seringgit lah yang paling kecil 
namun tidak akan sempurna nilai RM 50 tanpa seringgit.. :) 

di Sebalik hati ... 
kenapa perlu dilipat menjadi bentuk hati? 
bukankah masih ada beribu bentuk lagi? 
hati itu ... nadi segala perasaan
hati itu.. punca segala
jika terluka... hatilah...
jika bahagia...hati yang satu itu lah... 

Di sebalik 'Upah'... 
Ia tanda ingatan..tanda kasih dan sayang 
Ia simbol suatu perasaan aneh... yang kami berdua sukar mengakuinya 

p/s : 
He left His Heart To me? .... let u Fly to HIM... 
selamat menjadi tetamu Allah :) 

Wednesday, February 6, 2013

Tidak tahu ke mana ....


semalam kami berbicara tentang pelbagai kisah dunia
tidak terduga akhirnya kami menyentuh soal hati dan rasa
entah bagaimana dan kenapa ...
gurauan menjadi luka menusuk jiwa
di hadapannya..aku akui terseksa
sahabat yang diperjuangkan...
akhirnya cinta di penghujung jalan
salah siapa? aku atau dia?
Dia dengan ikhlas menutur cinta
namun masih belum tiba masanya untuk memaknakan..
kerana dia tidak tahu bagaimana harus di bawa hubungan ini
dan aku juga terbeban duka
prinsip hati kini sukar utk dipertahankan
mujurlah dia memahaminya dalam keterpaksaan
dan jujur cintaku ini hanya utk lelaki yang haalal...
seperti dia..aku juga mengharapkan yang terbaik
tidak menyandar sebarang harapan..
cuma mahu kan ia berakhir dengan sebuah ikatan..

p/s : Betulkah tindakan aku?

Wednesday, January 2, 2013

Some Drama make me SICK!!!

Menyampah Vs MEnggileee
sakit hati pun adeee
nie sume gara-gara manusieee
mereka yang wat hal dengan sengajee
aku plak yang kene... 
(bodoh ke happe...)
walau aku nampak simpleee
tapi jangan wat aku suke-suke
jangan nk mengeneee... 
jangan wat aku cam orang hine... 
(bangang ke happee)

p/s : 
susah kalu aliran pmikiran berbeza
tapi kalu ada tolak ansur 
aku rase x kan jdi camnie
n aku x jadi mangsa
korang yang bergaduh
aku plak kene settle
korang wat taik...
aku plak yang kene basuh
huhuuuu

Thursday, November 8, 2012

....My Little Tears Drop and Gone...

Tidak akan menjadi manusia yang Tabah jika bukan kerana Mereka
Tidak Mampu merasakan diri ini Hebat tanpa sokongan Mereka
Dari selemah-lemah Kaki melangkah hinggalah kencang aku Berlari
semuanya hanya kerana sorakan dan huluran tangan mereka
siapa Mereka ?? 


Ya Allah...
kami hanya manusia biasa 
berkumpul di bawah satu cerita
satu cerita yang luar biasa
cerita manusia yang berbeza
tetapi mampu juga bersatu 
di bawah KeberkatanMu

Di saat bicara ini meniti lesu di ruangan mata kamu
kita mungkin sudah jauh terpisah dek jarak dan waktu
berdoalah selalu
semoga Dia menemukan aku dengan kamu
semoga kita menjadi sahabat yang saling merindu 

Ya Allah .. mereka guru ku
mendidik dan mengajar ku tentang dunia 
mereka mengajarku erti setia
mereka memberikan aku bahagia 
kerana mereka aku kenal air mata 
kerana mereka aku mampu berdiri 
kerana mereka aku belajar menjadi manusia berani

sejauh mana aku berlari dan mencari
harus di mana lagi aku perlu mencari sahabat sejati 
mereka sudah cukup buat aku tabah di sini 
mereka anugerah yang tidak mampu ditandingi..

p/s : 
salam sayang, rindu dan cinta untuk teman2 
mira, izzati, anis, zana, qilah, isma, etie, farha,
 nadiah, syafi, tom, ayu, mieza, naam
zura, umi, fatin, bella, yatie

Maaf sangat2 kalu awk sume pernah terasa dengan saya
rindu saya? jengahlah blog ini selalu 



Tuesday, October 9, 2012

al kisah di Semester Akhir

Mata merenung kalendar.. kepala Hotak dah mula berkira2 jumlah hari yang tinggal..
tidak sampai dua minggu pun tolak tmbah darab bahagi hari2 yang perlu pergi maktab
minggu nie, Alhamdulillah Pembentangan kajian Tindakan dah siap
tunggu nak betolkan laporan ajew.. n then kalu dah dapat kelulusan dari penyelia
buleyh laa dijilidkan... (hehe x sabarnyew)... pasal kajian tindakan, ase nye x berat sangat kot

Al Kisah Kissm bermula, menyambung cerita aku di pagi hari rabu...
Kissm stand for Kursus induksi sistem saraan malaysia.. wajib tuk penjawat2 awam
bile ingt pasal bender nie, berdiri jugak bulu roma .. KENAPE?
sebabnya aku kene wat saiment KISSM, g dengar ceramah.. pastu exam..
macam mudah ek ??? tapi dlam keadaan yang genting canggini..
ase jek cam nak lari dari maktab n sembunyi kat mne2 tempat x der orang.. (hek..hek)
n Now aku n da gang tengah berhempas pulas nk siapkan saiment KISSM nie
dengan arapan siap jugak ari ni
lepas tu ujung minggu nie leh berpoyo-poya.. (kui3x)

Hushhhhhhhhhhh 
dah leyh tarik nafas separuh lega sebab saiment KISSM yang grup dah siap
saiment individu, satu soklan jek lagi belom.. hotak dah cam cair macan jek nie..
tapi aku percaya sampai masanya, siap jugak saiment nie.. InsyaAllah.. 



P/S : X RUGI PUN DATANG MAKTAB EVEN LECTURER DAH X MASUK CLASS
LEH LEPAK KAT LIBRARY CARI BAHAN N ILMU TAMBAHAN
LAGI PUN NIE DAH SEMESTER LAST, NATI BILA DAH POSTING
MESTI RINDU GILERK KAT LIBRARY MAKTAB NIE..